Tajuk entry kalini, perkataan mudah tu ditulis paling depan. sebabnya, selalu kalau orang gtaip kat google, mesti ada perkataan seerti ni macam mudah, senang,petik jari,giler simple,habis simple dan sebagainya... jadi untuk memudahkan carian, setiap entry aku bubuh hat ni la..kuikuikui...
Bagi yang nak ikut resepi ni, adalah dinasihatkan untuk bersabaq dan ia sebenaqnya tak la berapa nak simple..sebab apa?? sebab, bila kita nak mula memasak, dan time tu kita dah bersemangat gila2, maka kita mengharapkan kejayaan memasak buat pertama kali.betoi tak?? jadi, kita kena kuat mental la sediakan bahan2 yang merenyahkan ni...nanti bila dah biasa masak, maka kita boleh la cut off mana tak mau. jadi, bagi yang amatur...digalakkan anda menggunakan usaha yang lebih sikit supaya hasil pertama anda memasak akan jadi mavellious. sedaaapppp..
untuk resepi pertama ni, nama dia cucuq jagung.kalau nak buat cucuq kodok cekodok lebih kurang ja.... kiranya dia pelbagai variasi boleh buat. untuk entry kalini, takdak gambaq la nak tunjuk na sebab semalam buat time hujan, so malaih gilaaa pegang henpon.
- 2 CAWAN KECIK TEPUNG GANDUM
- 1 CAWAN KECIK TEPUNG NAIK SENDIRI ( SELALU DIA TULIS TEPUNG KEK TAPI BIASANYA DIA TULIS NAIK SENDIRI..CARI SAJA )
- SECUBIT GARAM
-1/2 GULA PAKAI SUDU CEDOK CENDOL TU
- SECUBIT SERBUK KUNYIT ( OPTIONAL )
-1/2 SERBUK CILI @ 1 SERBUK CILI SUDU BESAR YANG ORANG PAKAI MAKAN UBAT CAP BATUK TU ( OPTIONAL IKUT LIDAH DAN SUKA PEDAS TAHAP MANA )
- SEBIJIK TELUR
- 1/2 TONGKOL JAGUNG ( OPTIONAL)
- 1/2 BIJIK BAWANG BESAR MERAH
-1 BIJIK BAWANG KECIK MERAH
-1 ULAS BAWANG KECIK PUTIH
- SEDIKIT UDANG KERING ( OPTIONAL )
-KUCAI (OPTIONAL SAYUQ APA PUN TAK PA TAPI AKU BOH BAWANG JA )
- 1 CAWAN GELAS BESAR AIR SEJUK ( MACAM GELAS BANCUH AYAQ MILO )
CARA MASAK/ BUAT PREP KECIK:
- Potong bawang besar, bawang kecik, bawang putih dan bahagikan portion bersama portion udang kering
- bawak keluar lesung batu..kemudian campurkan bawang putih, udang kering, bawang besaq ( separuh tumbuk separuh simpan) sebab nanti nak gaul dalam adunan, sedapp makan besaq2 gituuu (optional )
- lepas tu masukkan serbuk cili dan gaul sekali dalam lesung batu... uishhh bau sedap macam kita sumbat ikan cencaru dengan sambal oooooo
- ambik setgah tongkol jagung tu...dan hiris nipis2...cara hiris kena belajaq dekat mak ampa mcm mana...time aku buat, aku suruh mak aku dok depan, jadi aku dah salah hiris jagung sebab gedik tak bagi mak aku masuk dapuq tengok aku buat.
CARA BUAT ADUNAN :
- ambik besen sederhana kecik, campurkan portion tepung2 yang disebutkan itu sekali.
- setelah itu, pecahkan telur dalam tepung2 tu sekali ( fuhh mcm pro pecah ketuk pakai tangan wakaka)
- masukkan sambal yang ada dalam lesung batu tadi yang kita dah tumbuk2 tu
- bubuh sukatan garam dan gula yang telah dibagitau kat atas tu
- mula masukkan air sejuk secara sedikit2 beserta serbuk kunyit.
- pastikan adunan tak cair!!!!! kalau cair mcm mana nak lekat bentuk kan ?? jadi, adunan tu mesti lah likat2 mcm lembut aiskrim tapi cair sikit dari aiskrim.
- masukkan bawang yang tak habis di tumbuk tadi dalam adunan beserta jagung.
CARA MASAK :
- Panaskan kuali...boh minyak sederhana banyak agak2 nak goreng cucuq tu tenggelam sikit
- mula lah cedok adunan tu dengan tangan, buat kecik2 mcm jemput2 tu tapi selalu tak jadik bulat sebab kecik, kalau nak bulat buat besaq, tapi ikut tekak, kalau tekak aku, aku suka kecik2..sedapppp
- tos dan hidang
CARA BUAT SOS :
- tuang sos cili dan gula
SELAMAT MAKAN !!!!
p/s : sila hidang dengan air teh panas...kawwww nyerrr rasa dia.hehehe
0 orang kata sayang.:
Post a Comment