JALAN-JALAN IPOH PART 3

Assalamualaikum semua.. (gaya lambai tangan ala ala lama tak jumpak ) hahaha..untuk entry kalini, aku nak sambung part 1 2 aku sebelum2 ni..kalau hampa tak tau apa benda merepek aku cerita ni, hampa rajin2 la tekan button " kiri kanan" kat bawah sekali na..hahahah..ok, untuk ronda2 ipoh part 3 ni, lain sikit la..sebab hari ke 3 ni hari kami semua balik penang bali...huhuhu..apapun, TERIMA KASIH KELUARGA ATIQAH !! sebab sudi sambut kami semua dengan open arms gituuuu hehehehe..ala...macam mana la boleh lupa nak selfie dengan family N nie..adoi...sori na...kalau nak kenai N dengan family, boleh jenguk fb dia or ig dia..nak tau pm i dulu.wakakaka.hehe..okok..sambung cerita....

kami semua bertolak balik dalam pukui 10...mak N macam biasa la..sarapan pagi macam2 masak..siap dapat bawak bekai nasik goreng 1 tupperware dengan kuih raya siap ayaq teh lagi oooo..sebelum balik, kami hantaq N pegi tempat praktikal dia dulu...jarak rumah dalam 15-20 minit saja..ikut jalan nak pi lost tambun semalam..lepas hantaq..kami pun start la destinasi tak dirancang...

mula2 kami dah sampai tengh jalan on da way balik, boleh pulak kepala kami semua dok ligat tengok papan tanda muzium la..zoo la..jadi, tertarik tertawan la kami...kami pi singgah muzium perak..pi hari isnin, memang parking kosong sunyi sepi ja..hahahahhaha....tapi, tak pa..senang parking..siap B boleh pulak salah parking, pi parking tempat bas.wakakaka.ni lawak.enjaga tempat tu panggei la suruh tukaq tempat parking.hahahah..hampa tak tengok..kotak kuning dia panjang ooo hahahah..


masuk muzium perak ni, sorang kena bayar rm2.aku rasa berbaloi la sebab besaq dan macam2 ada dalam ni wei...hampa try la jenguk2..ada pameran topeng, ada pameran binatang....kalau semalam kami tengok binatang secara live, kalini depa bawak kita imbau zaman2 binatang ni tinggai tulang, ada yang dah awet,dan ada yang jadi patung..darat dan dalam air semua ada..kemudian jalan lagi ada tunjuk adat2 orang di Tanah Melayu ni..macam2..tak rugi hampa singgah...jom usha2 tengok gambaq..




pameran kereta antik depan dekat luar muzium perak


ni time aku suruh ceyah tunduk sikit,.nak buat ala2 monyet tu membe hahaha



tengok budak2 main pakai baju melayu/kurung..nak marah tak bolehh




acah2 candid gituwww wakakakak




kita saling memandang...

wanita melayu bersimpuh..hahaha



waktu awai2 kami pi..memang kosong tadak sapa pun....jadi pinjam la kamera ceyah....bubuh tepi dinding tu..pastu pakat bersila ramai2 posing duduk..hahahahaha macam2 laa . nasib tak buat posing gaya tidoq.hahha


lepas pi muzium perak, kami terus perjalanan lalu bukit larut...waktu nak beli tiket, tiket pulak sold out...memang macam pisang goreng cheese betoi la...kat sini, hampa boleh pilih, nak jalan kaki ka nak naik kenderaan..kalau nak naik kenderaan, kena charge rm10 depa bawak pusing dalam sejam jugak..kalau jalan kaki, 3 jam mau sampai kalau hampa ni ada tenaga la...jadi, tak dapat la kami nak pi..memang disyorkan sapa2 nak pi sebab bila tengok tempat2 persinggahan depa, aku rasa macam wowwww mau jugak !! hahaha sodihnya hatiku wuuuuuuuu nak pi nak piiiii


lepas tu kami pon ronda2 la sat bawak keta slow2..hujan pulak membasahi bumi perak jadi kami tak dapat singgah merata..tambah2 dah penat dah masing-masing,...dalam pukui 4 petang baru la kami semua sampai rumah...


begitu lah al kisahnya perjalanan aku dan kawan2..buat ceyah, tikah B, intan dan tiqah N, terima kasih muaaaaahhhhhhhhh hehehehe...






inila compilasi 3 hari 2 malam percutian ceqqq









Do Leave A Comment :)

POST MASAK-CARA BUAT MAGI GORENG // CARA MUDAH BUAT MEGI LAAA

Assalamualaikum...untuk post kalini, aku ingat nak up cara buat megi goreng ala aku la pulak. hahahaha.. resipi2 ni secara berkala aku share... aku share yang senang2 mudah2 dulu la..macam cara nak buat kuih raya ka...ayam kicap ka masak pedas ka..lain kali la aku tunjuk..sebab bahan2 nak senarai dia boleh tahan gak la..so aku tunjuk cara masak makanan yang acah2 basic dulu..wakakakaka..untuk harini, aku nak tunjuk la gaya buat megi goreng camana. kalau tak sedap tu bukan salah aku la sebab tekak aku makan ok ja dan selalu habeh ja ( memang la habeh..sebungkus ja aku buat wakakaka )


ok..senarai nya,

BAHAN2 :

  1. megi cap apa pun tak pa ( kalau buat MAGGI aku suka cari mee goreng sedap sebab dalam tu banyak gila perencah dia bagi kasi kawww... kalau nak buat megi yang berkuah aku suka MAGGI ruski....sebab jepah suka makan hat tu jadi aku pun terjebak la..perisa tomyam tau..plastik kaler oren..hahaha ). so kalini aku buat pakai MEE GORENG SEDAP PLASTIK PUTIH
  2. sebutir telur..hahaha sebiji telur
  3. kicap 
  4. sos cili
  5. sos tiram (optional ) selalu aku boh 1 camca saja
  6. bawang merah dan bawang putih
  7. lada hitam
  8. serbuk cili ( mak aku cukup suka boh dalam masakan  jadi aku pun terjebak gak )
  9. gula

CARA BUAT MAGI GORENG SEDAP :
  •  didihkan air dulu..bila nampak bubble2 tu, celur mee. dalam 3-4 minit saja sebab tak nak tekstur mee lembik sebab kita nak buat megi ala mee..bukan berkuah punya. tapi kalau malas x mau didih air sebab renyah, hampa skip ja cara buat ni..nanti masukkan magi time hampa buat seasoning dia. kita didih air sebab nak kasi magi tu bersih la..kang makan sakit perut plak ( basically aku x didih pun wakaka jadi aku selalu la sakit perut hahaha..hampa jgn ikut )

  • kemudian, hampa bawak kuar lesung batu hikmat hampa. potong bawang merah dan putih kemudian campak masuk dan tumbuk gaya nak pukui orang. hahaha. lepas tu hampa tumbuk bijik lada hitam..kalau hampa ada yang ala2 serbuk tu..x pakai bijik lada hitam pun tak pa.( yang ni sebab kat rumah aku, bahan2 tradisional ja banyak...cabai,sireh,jantung pisang,serai,daun kari petik belakang rumah saja )
  • hampa tumis bahan2 ni dalam kuali ( fuh..harum semerbak wei )
  • lepas tumis, bawak kuar segala perencah dalam megi goreng sedap dan masuk kan ja dalam kuali. perencah yang macam ajinomoto tu bubuh separuh saja tau!! sebab dia dah cukup masin dah, jadi hampa jangan boh banyak2...
  • kacau2 semua perencah, kemudia mula masukkan sos, kicap, dan gula. secukup rasa dan diselang seli dengan air. air jangan bubuh 1 bekas, satg jadi kuah kicap la jawabnya. garam pun tak payah bawak masuk sebab megi tu semulajadi masin, jadi kalau boh garam,double punya masin. gula dalam 1 camca la bubuh, kalau x pakai gula, boh stevia ececeyyyy bajett hahaha.
  • lepas hampa dapat kelikatan seasoning yang diidam, masukkan megi hampa tadi ke dalam kuali.
  • kacau2 megi sampai bercampur sebati.
  • pecahkan telur yang dibasuh dekat dalam kuali yang sama, tapi bubuh kat tepi. ni cara aku la sebab aku suka makan kuning telur cair...jadi, putih telur aku gaul dengan megi, kuning telur aku golek pelan2 supaya tak pecah. kalau tanak,buat lubang tengah megi tu dan pecahkan telur situ,kemudian gaul dengan megi.ikut hampa laaa.
  • dah siap nampak lawa dalam kuali angkat megi tu dan boh dalam pinggan.
  • makan la! hahahaha


sebungkuih ja aku buat..tadak dressing la malaih.


p/s : kalau suka bubuh ayam, dsging, udang, dan sayur..sila kan...tapi kalau nak buat makan sorang sambil layan sinetron malam, ha boleh try yang ni .wakakaka..





Do Leave A Comment :)

APA ADA DALAM LOST WORLD OF TAMBUN = JALAN-JALAN IPOH PART 2



JALAN2 PART 2

   P/S : WARNING !!!! PART 2 NI PANJANG SAMPAI SUBUH AMPA BACA..JAGA2! HAHAHAHAHA... GAMBAQ PENUH 1 ALBUM . PUN JAGA2!!


tudia tudia tudia depan gerbang


bukan nak kata la, tapi power rangers malaya tu kami la di belakang tabir... hahaha

lost world of tambun ni letaknya di Ipoh. yang terkejut terperanjat tu, lost wolrd tambun ni jarak dia dengan rumah N ade la dalam 15-20 minit ja...kami keluaq nak dekat pukui 10, dalam 10 suku, 10.25 tu smpai dah... hahaha awai kan. kami pi time tu hari sabtu dan anehnya...parking kereta langsung TAK FULL. haha...jangan risau ya...parking free ja watu aku pi sana time tu ( ini adalah cerita tahun 2015) kalau lepas tahun 2015 tak tau la apa jadi naa.

 waktu sampai sini, kami semua teruja la sebab x penah2 masuk taman tema ayaq ni. tapi N kalini dah 3x dia masuk..so sifu kami ni pun bagitau la apa boleh tak boleh semua tu. basically, TIPS2 :

  •  dinasihatkan hampa bawak la beg kecik2 ja dan x payah bawak banyak barang bila nak masuk sebab loker ada 3 jenis dan tiga2 main harga start belas2 ringgit sampai puluh2 ringgit.kami haritu amik middle locker. locker sekarang dah canggih sebab pakai scan bar code saja.jadi sorang akan di gelangkan dengan scan code. hahaha.. pandai2 la cari orang yang seporting dan tahan ikut ampa ulang alik pi locker hokeyyy

  • selipar boleh bawak masuk..tp time mandi digalakkan berkaki kucing ya ( x pakai kasut ) dan boleh park suka hati ja barang mcm tuala ka apa ka kalau ampa x mau boh loker..tp tanggungjawab sendiri mau ingat na..kalau masuk setakat bawak tuala dan kasut mandi, tak beli loker pon tak pa..depan tu ada macam khemah berpasir tu..ampa boleh letak barang ampa kat situ .

  • untuk mandi, aku pakai ja baju mcm kain jersey tu, seluar pakai seluar yang kain dalam pastu double dengan 1 seluaq panjang kat luar..kira 2 seluaq aku pakai, dan baju pun aku  pakai inner yang lengkap tau. sebab bila mandi, sedaq2 ja nanti ampa terapung nampak habeh dalam2 tu. jadi baik ampa pakai 2 helai dan tuck in kat dalam.

  • segala ayaq makanan x bleh bawak masuk na..melainkan ampa pandai cilok2 ja. sebab waktu aku pi depa selongkaq beg dan aku tengok banyak la botol2 air warna warni tersadai kat kaunter.hahaha
harga ticket masuk lost tambun waktu aku pi haritu (2015) dalam 56myr. tapi membe aku ada bawak kad lost world ( dia dapat kad keahlian waktu pi sunway ) nama kad tu x tau..papal pay pal apa ntah macam tu la... al kisah, dia tunjuk ja kad tu kat kaunter, tiba2 mcm turun cahaya diskaun ja dan kami semua teruih dapat potongan sebanyak 16 hengget. hahahahaha.... diskaun tu sebab kami pi lepaih raya.promosi raya.hahahaha.jadi, sorang bayaq rm40 saja. jeng jeng.



kalau pasai bergambaq, semua sempat..hahaha


gambaq atas ni kami tangkap luaq kaunter..sebelum kami digelangkan. hahahahaha..lepas puas pose kiri kanan kami pun ready la masuk, beli locker, dan start simpan barang then jalan2. bila ampa masuk ja lost tambun ni, ampa main ja apapunnn..semua FREE. kecuali kalau ampa nak guna pelampung warna kuning. yang tu kena bayaq x salah rm24 ka 16 tak tau..tapi mahai la..dia bagi return duit balik kalau ampa pulangkan balik sebelum pukui 5 petang tapi....duit tu dia bagi rm6 sajaaaaa herrr betoi la huh. 



kami 3 pi bergambaq la..intan dengan B pi toilet. hahaha free free freee

boleh ja pijak pakai kasut...jangan risau..ampa nak pakai kasut harga sejuta untuk mandi pon tak pa..pelampung musnah kos ampa tanggung.hahahaha


bila dah puas selpiaq, kami ber5 pon start teruja la..hahahahaha..benda pertama kami buat adalah pi ronda2 dulu kawasan sekitaq... malas nak berendam awai2 sebab pagi2 dan kami semua pagi2 kelihatan cun lebih dari biasa hahaha. ( gurau ) tapi, ikut hampa la nak mana satu, untuk aku, aku rasa better jalan2 dulu kot, sbb sat ja nak jalan ni....lebih teruja main ayaq sebenaqnya.. soo..jom ushar gambaq sat..

kami semua gedik2 nak naik roller coster ni..free freee hahahahhaha

hahahaha ampa perasan tak ni  gaya emoji whatsap? haha sori ceyah.. gambaq hg semua rare buat aku simpan semua wakaka



jaga2 jangan sampai gajah sedaq hampa naik belakang dia tauu


jangan salah sangka..hampa nampak tak tiger belakang aku tu??? hahaha tu main point dia. wakaka

jemput singgah..hampa nak duduk kat kerusi tu boleh, terjah dalam tu pun boleh


selfie itu tak kena bayaq.. ampa ada henpon or kamera tak? jom selpie.. hahaha


salah satu gua yang ada dan akan jumpak bila ampa jalan2 tau



ayaq mana ayaq i oder tadi ni..??



nak dulang hati awak..terdulang pasir tambun...


muka paling ketat 


untuk gambaq aku dengan burung hat atas ni..hahahaha sebenaqnya, dalam lost tambun ni, ada zoo. semua boleh buat.ampa nak pegang racoon pun boleh.dia dok berjuntai ja atas kayu..jaga2 la bila lalu sebab tak sedaq dia atas kita..dia suka main cak cak... hahha .time ni aku dgn kawan2 masuk sangkaq bird nak feeding depa ni..mula2 aku punya konfiden punya la tinggi, tapi bila dekat...20 batu boleh dengaq aku jerit.hahahaha...geli dia macam kucing mai kat aku ampa tau dak. hahaha. nak dijadikan cerita, aku tengok ceyah punya la berani dia dok letak makanan dekat tgn dia..aku pon try buang gemuruh tu..aku pun mintak la makanan burung kat tour guide yg dok jaga..dia tau aku penakut...dia warning siap, jangan kasi tumpah ha.. ( elehhh macam aku nak ikut sangat walaupun dia buat muka ketat dia bila aku sedap2 ja lempaq makanan burung ) hahaha..so kali ke 2 aku cuba jadi berani, tup tup hasil dia macam gambaq atas tu.hahaha.tegak tiang bendera wei. hahaha.. yang paling aku berhingus hati bila si penjaga tu baling makanan belakang aku senyap2..patut la ayam itik merak burung pakat serbu aku..koasam betoi laaa pakcik tuuuu... nak ja aku tarik topi dia yang tinggi tu pastu letak makanan burung kat atas rambut dia ha..heerr


selain zoo, ada jugak la tempat macam ampa nak tengok replika2 binatang... pastu ada rumah hantu..hat ni kena bayaq. kami semua tak masuk la sebab jaga poket hahahaha...kalau hampa datang by grup, hampa boleh la tempah aktiviti sukan dekat situ,... 1 grup 6 orang..panjat bukit la flying fox suma ada..lepas habis pusing2, kami pun pi la tukaq baju nak mandi ala2 ikan duyung.hahahaha... hampa jangan takut boring tau..... punya la banyak tema air ampa boleh pilih... dan beli la pelampung 2 lubang tu, sebab boleh jelajah 1 lost tambun ikut jalan ayaq. waktu mandi ni, ceyah dengan intan macam pro ooo..hahaha imbang badan la kuak lentang, rama2 semua keluaq. aku, B dengan N pulak, kami jadi duyung atas pelampung tu tunggu ceyah dgn intan tolak kami. wakakakaka hahahaha.


dalam ni, ada gelunsur..5 jenis semua..aku try 3 ja sebab malas dah nak panjat2 tangga tu....yang ni free ja...pelampung tu free jugak.tapi lepas dapat gelungsuq, kena bagi balik pelampung dan beratuq semula kalau nak naik gelunsuq yang lain...


lepas puas main air, baru la kami pi funfair. free jugak. kami tarik pelampung kuning tu ooo sekali letak kat tepi time main viking. ya la...sapa bagi hilang, x dpt return money rm6 hengget weiii hahahaha...main la viking. aku tutup mata sepanjang duduk..jantung toksah kata laaaa macam melayang..hahahaha..tu je aku main kat sana, yang lain aku jadi penunggu ja kat bawah, aku x boleh main dah..pening sakit kaki semua ada...hahahahaha . serius kalau ampa jenis pestime naik, digalakkan lepas hampa mandi manda na..sebab akan hilang mood lepaih tu.hahahahaha... bergenang ayaq mata sebab takut jantung dok melayang tak duduk constant.huhuhu


dalam lost tambun ni ada tmpat mandi ayaq panas..bagi aku tak panas sangat pun..mcm ayaq kita dok rebus buat mandi pagi bila nak pi sekolah..macam tu ja...tempat tu pun free jugak..pi la nanti jenguk2..


sini, makanan dia mahai sikit la..parah2 kalau nak makan or minum..mineral ja rm4 hengget wei hahaha  ( kalau pandai seludup kurang la bajet ) hahahaha.. surau semua tandas, bilik salin bilik mandi lengkap dan tak berebut pun..jadi jangan risau.



makan dalam ayaq.romantik ke idokk.haha

makan dalam ayaq best gak. free ja tempat ni nak duduk
B ajak selfie. 
begini la we ollzz



last sekali...kami keluar dari situ dalam pukui 5 lepas dah selesai semua... destinasi seterusnya adalah....GUNUNG LANG ! 



subhanallah cantikkkkk oooo
di taman rekreasi sungai lang


tunggu boat..boat tak mau jalan



taman rekreasi gunung lang ni area dia dekat2 jugak dengan tambun... ada boat kalau nak pusing2 pulau ni dan explore. cuma bayar fee dia ja dalam rm4 kot tak salah..tak mahal sangat..tapi waktu kami pi tu, dah nak 5.30 dah, jadi kami x dapat la nak naik boat...kami snap2 depan tu saja sambil sendu nangis kat tepi tengok boat terakhir bawak penumpang... huhuhuhuh.. yang pasti, ada juai aiskrim depan tu.hahhaaha


untuk makan petang, kami try ronda2 kotaraya ipoh. N google jalan nak pi 1 cafe ni. nama dia thumb's cafe. hampa try la waze. ceyah kata, cafe tu masuk jalan2 cari makan ooooooo... tak caya try google. haha.. gambaq dalam tu ada tangakp..tapi gegaq2 so aku x boleh la nak tayang sini nah...harga makanan boleh la...standard harga bandar.. kami pi berlima mau rm80 jugak la terbang 1 kumpulan wakakaka.. gituwwwwww . ampa try la usha2.


balik tu...kami pi rumah N dulu..rehat solat jap..pastu..malam dalam pukui 9.30 kami kuaq lagi....adodo...kami pi gerbang malam pulak....... tapi tak tau la pasaipa tak meriah sangat.... dia macam uptown. tapi kalau uptown area tempat aku, meriah naw naw..cuma gerbang malam situ tak tau la gegirl tak tanjat sangat ( terperanjat ) hahaha...mungkin kami pi tak kena timing kot..kot la...




dan akhirnya ..kami pun balik...macam biasa...mak N jamu macam2!! hehehehe terima kasih N sekeluarga... syok dapat jadi menantu..seporting.hehehehhehehe



p/s : next entry nanti aku hupdate part 3 pulak ok...zzzz semua...rajin naw ampa baca..konfem nak pi tambun ni..wkakakakaka...bagi yang skip2 tengok gambaq ja...jangan lupa baca caption.hahahahahaha










Do Leave A Comment :)

Dan by sheila on 7


Dan by sheila on 7

Dan
Dan bila esok datang kembali

Seperti sedia kala
Dimana kau bisa bercanda

Dan
Perlahan kaupun lupakan aku
Mimpi burukmu
Dimana t'lah kutancapkan duri tajam
Kaupun menangis, menangis sedih
Maafkan aku

Dan
Bukan maksudku, bukan inginku
Melukaimu sedarkah kau
Di sini kupun terluka

Melupakanmu, menepikanmu
Maafkan aku

Lupakanlah saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar dan berpijar
Seperti dulu kala

Caci maki saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar
Dan berpijar seperti dulu kala
Whoa oh...

Dan
Bukan maksudku, bukan inginku
Melukaimu sedarkah kau
Di sini kupun terluka
Melupakanmu, menepikanmu
Maafkan aku

Lupakanlah saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar dan berpijar
Seperti dulu kala

Caci maki saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar
Dan berpijar seperti dulu kala
Whoa oh...
Whoa oh...

Whoa...
Lupakanlah saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar dan berpijar
Seperti dulu kala

Caci maki saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar
Dan berpijar seperti dulu kala
Whoa oh...
Whoa oh...oh...



https://youtu.be/dGcGbF4ex5o



trying hard as if it is the last, means it will always in heart though its actually far n apart in pieces




p/s : mat kalis lagu ni pun dia boleh buat head bang. hahahaha
Do Leave A Comment :)

JALAN-JALAN IPOH PART 1

bandar Ipoh, salah satu bandar terkenal yang letaknya di Perak... aku selalu dah pergi perak sebab rumah tok aku memang area perak, Parit Buntaq.. tapi, aktiviti menjelajah Ipoh ni lain sikit untuk entry ni sebab aku jelajah Ipoh dengan kawan2 aku waktu aku muda remaja dulu2...time umur aku belasan tahun lagi aku dah jalinkan hubungan dengan depa2 ni...jadi post kalini spesel sikit dan paling tak menahan adalah entry kalini penuh muka aku hokeyyyy... sebab gambaq2 yang aku save dalam henpon aku kebanyakannya adalah berkaitan muka aku ja..wakakakaka....heeeyyyy jangan kutuk2,,,, ampa pun kalau tgkap gambaq mesti ampa simpan pic ampa sendiri jugak keeennnn...wakakakaka...sooo kita serupa..hahahahaha

cuti sem haritu, kami dah plan 5 orang nak p jalan2 perak..4 dari kami ( aku,intan,ceyah,tikah b) nak p umah 1 membe kami ni (tikah n ) dan menumpang tidur makan mandi semua la kat rumah dia... maka pada haribulan sabtu, kami pun memulakan destinasi kami tepat pukui 10.30 a.m. mcm tu.... semestinya kereta B la dipakai ..wuuuu kereta baru... masuk2 pun wangi ja..hahahaha..co-pilot dia ialah intan, pemandu antara yang tercekap la bagi perempuan usia 22 ni..hehehehehe. aku and ceyah ??? kami tukang selpie ja kat belakang dan buat ceramuk hahaha

perjalanan kami tak la amik masa lama sangat tapi biasala...rnr wajib singgah..hahahaha makan2 sarapan isi perut dulu sebelum kami jemput N dekat next rnr dan vrommm vroommm jalan2 kotaraya ipoh...


ini kami ( ceyah tudung kuning) aku, intan ( tutup mata ), dan B

ok..intan dah bukak mata dah...haha

wefie baikkkkk..sori, aku memang kaki pakai spec.... dekat rumah aku saja spec ada seploh bijik..tapi semua harga rm2.waakakakaka




Ok....setelah kami habis bergelak2 di area rnr ni, ( intan sempat lagi beli magic sim ooo ) hahaha, kami pun meneruskan jalan2 kami berempat nak pi jemput N. dan akhirnya, kami pun sampai laaaaa dengan selamat dan jayanya ke Ipoh. dalam kereta, aku, N, dan ceyah dok belakang . Intan dgn B pulak dok depan la..maka kami bertiga yang sememangnya azali lagi kaki selfie memulakan selfie utama kami iaitu TANGKAP GAMBAQ LAAAA hahahahah



ceyah, aku, N



perghhhh serius cik kak...hahahahahha

waktu mula-mula sampai dan amik N, kami macam lost mau pi mana yaaa...hahahaha..pusing2 area situ, akhirnya kami pun buat keputusan nak pi kelles castle... maka berpakat la kami beradik ni  gerak pi kelles tu..... bayaq masuk tak ingat la....rasa2 rm5 sorang and no discount for sure. maka berlima kami pun masuk laaa...so sekarang aku upload je gambaq apa ada dalam tu naaaaa...opkosssss muka aku paling over sebab gambaq aku save ni hat ad muka aku.hahahahaha

sebelum masuk castle


orang kata kalau masuk sini.....kena la bergambaq dengan blok panjang putih ni...

intan sungguh ayu bergambaq...tangga ni hujung dia jalan mati..jadi kalau nak tenang2 diri boleh mai sini..syok la kalau time sedih tgk pemandangan

kami di depan pintu gerbang

kami di atas bumbung

gedik nak buat pose 5 tahun lepas..hahahahaha muka masing2 vampire..tak berubah langsung

intan dan B dok di dalam salah 1 bilik yang ad dalam kelles ni....dia ad pintu kecik kat tepi..pose apa aku tak tau depa dua ni..hahahahaha


setelah penat dok pusing2..kami semua pun keluaq la dari situ dan ambik keputusan drastik masing2 beli eskrim..hahahaha..panas tak tau nak habaq la weiiiiii time ni...membahang ja masing2 dok tahan panas.... lepas habis eskrim..apa lagi..kami pun start enjin la nak pi jalan2 lagi..kalini macam tadi jugak..kami tadak hala tuju pun.hahahah.last2 kami ambik keputusan nak jalan2 terus masuk ke dalam jalan sehala kelles tu. dan time tu jugak laaa aku jumpak.....

macam pernah dengaq




lalu kami pun berhuhuhu..hahahaha tak lah...kami semua pi la jenguk2 tempat paling dekat area situ...UTP. time nak masuk tu, igtkan pak guard situ sempoi macm aku punya U. tuptup....herrrrr jugak laaaa.....tanya kami macam2 soalan..bila habaq nak jumpak membe yang study situ, dia boleh pi tnya pulak member duduk bilik brapa..haish..last2 masing2 pandang aku..kena la tipu sikit cakap nak jumpak kat area masjid ja dan kawan aku pun cepat2 tukaq topik n tanya " mana ye arah jalan nak ke masjid"? . lepas guard tu tunjuk ja..kami pun pecut la pi..hahahaha


masjid kat tepi sekali rupanyaaa

bukan tempat blajaq ni....eh ya ka

ooo pintu library rupanya hahahahaha

pusing2 gambaq sama ja sebab tak pandai jalan



begitu lah kisah kami berlima menghabiskan minyak kereta B.hahahahah lepastu kami pun keluaq la dari situ...disebabkan nak buat jamak dan masih awai lagi, maka kami meneruskan adventure kami dengan masuk jalan yang lebih dalam.hahahahaha..tup tup petang dah baru sampai destinasi kami...


opkos aku jadi model sebab aku save benda ni pakai henpon aku hahahahaha


sepatutnya aktiviti kami nak naik boat ronda2 area pulau yang ada kat teluk batik... tapi kami semua lapaq dan x solat lagi..maka kami pekena la makanan area situ. dah sudah makan maka kami semua buat jamak la. last2 hari nak gelap dan boat tutup.wakakaka. p/s : tempat ni monyet2 berleluasa...macam tarzan dah aku tengok, jadi hati2 jalan bila bawak makanan dan pastikan hampa PANDANG ATAS. hahahahahahha


kami semua teruskan perjalanan .igt nak balik umah N sbb dah penat..tapi hati gerak2 dok tarik singgah manjung sat. maka sampai la kami ber5 dekat aeon manjung.dengaq kata paling besaq aeon situ. dan aku pun terpegun kaku angguk kepala tanda setuju la cakap2 orang. hahahah..time tu lewat dah jam dan masuk waktu dah, so jalan 1 wing saja.tu pun cari tempat solat. bila dah siap kemas2 diri apa patut semua, kami pon........nak keluaq dari situ.hahahahahaha. tak boleh nak shoping dalam tu sebab punya la besaq tempat dia....kaki aku toksah kata laaa jalan sehari, dia punya lutut tu dh boleh dengaq bunyi dah kalau bengkokkan.hahaha.  lepas tu kami semua pun masuk kereta..niat nak pi gerbang malam tapi alih2 tak larat dan dah malam dah time tu....


last destinasi kami adalah di rumah N. TERIMA KASIH EMAK AYAH , ADIK , DAN TIQAH (N) sebab sudi sponsor penginapn kami berempat...siap jamu macam2 lagi!!!! tengah malam kami melantak bakso, rendang, kuih raya, ayaq bergelen, buahan dan macam2 lagi la...sapa2 sakit ubat semua ada..tiptop sungguh laaaaaaaaa hehehehehhehhehe

malam pertama kami di Ipoh kami lepak2 sembang dan zzzzzzzzz..... 


p/s : next entry adalah untuk 2nd day pulaks.....jom terjah2 pic terobek sat..hahahahah
yes aku memang heart spec.hahahahaha toksah kata tak lawa spec aku..rm7.90 tau x dak power.mahai oi hahahahah

aku dan ceyah....punya ploless muka masing2 macam ada nur padahal ipong.hahahahah thank you ceyah punya iphone

sementara tunggu habis solat

Ni area teluk batik...petg dah tak sempat naik boat..teringin aih..rm5 saja















Do Leave A Comment :)