assalamualaikum kawan2... untuk post masak kalini..ceq sempat la snap gambaq2 bagi cara2 buat cheesekut ni. kebetulan harini punya la rajin aku nak menaip..hampa tak tau, mggu depan masuk u dah..maknanya tak tau bila pulak aku nak hupdate...hahahahaha... ok..harini kita akan try buat ....cheesekutttt
BAHAN2 UTAMA CHEESEKUT :
![]() |
BAHAN2 MUDAH |
- 1/2 SUSU SEGAR ( TAK KISAH BRAND APAA KALAU AMPA BELI BOTOL KECIK PUN TAK PA SEBAB SIKIT JA NAK GUNA )
- 1 BUNGKUS CREAM CHEESE ( NAMA TAK TAU..AMBIK YANG PEMBALUT KUNING NI )
- HUP SENG CRACKERS (OPTIONAL ) TAPI NI SEDAP SEBAB DIA KERAS AND MAK AKU PALING SUKA HAT NI CICAH TEH TARIK PANAS
- SUSU PEKAT
TOPPING2 :
- MILO (OPTIONAL)
- NESTUM (OPTIONAL )
- OREO (OPTIONAL )
CARA :
- mula2 buat topping dulu iaitu cream dia
- bawak keluaq blender dan masukkan susu pekat dan cream cheese dan susu segaq. kalau hampa tak suka manis..pastikan susu pekat tu bubuh 1/3 saja..kalau hampa nak buat banyak dan besaq, ampa boh la 1/2 dan lebih. agak2 saja. susu segaq boh suku saja naa
- blend kan tiga2 bahan tersebut
- pastikan ia tidak cair...masih likat2 tekstur dia mcm tekstur cekodok dan coq jagung gituuuuu
cenggini haaaaaa hihi
CARA BUAT SEBENTUK CHEESEKUT :
![]() |
bahan2 nak start buat |
- macam gambaq di atas huahua hahaha
- ok, bawak keluaq 1 mangkuk dan tuang susu segar dalam dia
- ambik sekut (biskut hup seng) tu dan celup2 ja dalam dia..tak payah lama2 sebab lagi sedap kalau dia keras. nanti nak boh dalam peti es gak.. tapi ikut tekak masing2 la
- lepas tu terus masukkan biskut yang dicelup dalam talam/mangkuk yang ampa guna
- susun bagi padat
- lepas 1 baris, tuang cream cheese . contoh gambaq di bawah
![]() |
begini la lapisan demi lapisan |
- selepas bagi rata cream cheese, tabuq kan topping iaitu milo, nestum, dan oreo
- topping adalah optional ikut suka tekak ampa dan sapa nak makan
- ulang langkah2 di atas selagi mampu...hahahahhaha tak aih..ulang la smpai lengkap mangkuk ampa..selalu orang buat 4 lapis...haritu aku buat 3 lapis dia kecik ja jadi x brapa puas..
lapisan dibuat macam ni ya rakan2
maka siap la cheesekut kita....punya la senang dan mudah sebab hampa x perlukan gas untuk memasak.cukup la ada blender dan kudrat nak buat setiap lapis. harga barang2 ni dalam rm30 ja.peket kecik2 comei ja beli maka tahniah ! anda adalah insan penjimat.hahahahaha.
p/s : sori gambaq full tadak...ambik dah tapi x masuk pulak dalam lappy... cuba lah !!!
0 orang kata sayang.:
Post a Comment