nota buat bakal hubby (saja suka berimaginasi)


Nota buat bakal hubby
Kepada bakal hubby yang dikasihi >_<
sesungguhnya
ini adalah luahan hati bakal princess a.k.a queen awak
buat bacaan dan renungan awak
sebelum kita berdua menuju ke mahligai cinta


bakal hubby,
awak kena tahu
saat ini--
saya sedang-
diet (ok ini kenyataan)
kadang-kadang
saya mengadu lapar
di halwa telinga awak
maka janganlah awak marah
ataupun buat tanda !!! pada saya
kerana
besarlah impian saya
untuk kurus
supaya
saya dapat kesihatan sempurna
dan
dapat pakai kebaya
awak tahu?
betapa saya cemburu jeles (ish ish)
terhadap wanita
yang mampu memakai kebaya
mahupun
kepada wanita
yang memakai apa sahaja mereka suka (tutup aurat ok)
di mana saya sendiri
tak mampu kerana
apabila dipakai
saya rasa 
sendat dan ketat.
awak juga tahu
weighing machine haritu
dah tulis besar-besar
bahawa saya
overweight.
(huhuhu)
buat tatapan anda
betapa saya nak pakai gaun pengantin kembang ct nanti
oleh sebab itu
support lah saya
ke arah usaha tersebut.

Dan
janganlah awak risau
pabila lepas kahwin
saya akan tetap
maintain dan ideal (hehe)
kerana
saya suka berat begitu (ok.ini satu lagi kenyataan)


Bakal hubby,
ada satu peringatan tulus buat awak
bahawa saya
sangat suka berbelanja
ketahuilah bahawa
walaupun dengan rm100 sahaja
saya mampu
membeli 4 helai baju,sepasang kasut dan 2 helai tudung
kerana
saya merupakan 
perancang bajet yang telus
janganlah anda pening kepala
kerana
tidak senang untuk saya jatuh suka
pada design dan style era terkini
kalau saya
rasa dan nampak tak selesa
pada apa yang saya nampak.
oleh itu,awak,
tak perlu garu kepala
untuk fikir
apa saya suka
kerana
sebelum membeli
saya tahu bagaimana caranya. (hehe.)


Bakal hubby,
sekiranya awak baru balik kerja
dan apabila awak nampak muka saya
tersengih comel-comel depan pintu
siap sedia kasi air dekat awak
dan seterusnya
terus tarik tangan awak masuk kereta
dan ajak awak untuk
jalan-jalan
tolonglah
tolong ikut perbuatan saya itu

sebabnya
saya sangat suka berjalan
dan lagi
saya juga suka
untuk makan dan mencuba resepi baru
saya harap
awak tidak kedekut untuk belanja
saya makan
dan jangan risau
dengan duit tiap bulan awak kasi
ada lah surprise menanti
awak jugak
nanti (ok.)


bakal hubby,
sesungguhnya
saya tidak begitu mahir memasak
bukan malas
tetapi
kekangan peralatan 
yang saya rasa benar-benar selamat
untuk saya guna
di dapur
usah awak risau
kerana saya
berusaha kumpul resipi mak saya
untuk jamu awak kelak
asalkan
awak berjanji
untuk membeli
setiap peralatan memasak
yang saya nak
dan
bersedialah awak
untuk
naik 5 kilo
setiap tahun
sepanjang kita bahagia bersama (muaaahahahaha angel laugh)


bakal hubby,
sebenarnya
saya sangat teringin
apabila awak balik dari outstation
akan ada bunga segar menanti saya (huhuhu..syahdu kalau dapat)
kenapa bunga segar?
kerana
saya teringin.simple.
tapi
janganlah awak buat semasa bercinta
sebab
saya tak suka
dan
saya tak akan jaga
dan
saya akan kasi
pada orang lain sekeliling saya.
ingat
bunga segar.

Bakal hubby,
saya sebenarnya suka tonton korea
dan 
saya tonton
pada waktu malam
ketika orang lena
oleh sebab itu
kalau awak nak tidur dulu
silakan
tak payah tunggu
dan
janganlah awak cuba
untuk ganggu saya
atau kacau tontonan drama korea saya
kerana
nahas awak
nak pujuk saya
sebab awak tak akan tahu
betapa kuatnya
saya
merajuk pada awak.(katakan tak nak!!!!!)


Bakal hubby,
kiranya saya
tertidur tunggu awak balik kerja
di ruang tamu
tolong
awak gerak saya
kerana
saya nak
salam and hugkiss awak
dan lepas itu
tolong
dukung saya
masuk bilik
sebab
saya akan jadi malas
nak bangun
 dan berjalan
kerana
bila saya bangun mengejut
kadang-kadang
saya akan terhantuk
dinding
tersembam
lantai
dan saya tahu
awak tak nak lihat begitu.


Bakal hubby,
pesanan ringkas saya,
bahawa,
duit awak merupakan duit saya,
dan duit saya merupakan sebahagian duit awak (emergency sahaja)


P/s :ini hanya sebahagian imaginasi.menguji diri berfikir kritis luar kotak. sahaja suka bermadah berpuisi.niat nak buat novel gaya romantik.tunggu dan lihat sahaja nanti.


Sekian
terima kasih sudi baca
dan
jangan sedih menangis sob sob



Do Leave A Comment :)