transformasi bilik kecil 100% barangan ikea


hai...harini aku nak stori pasal bilik number 2 dalam rumah aku ni..bilik ni kecik je, aku rasa standard rumah2 yg ada kat malaysia ni..sama jer hahaha... aku nak buat kelainan sikit dekat bilik ni mengikut budget yang ada. jadi aku and husband aku pun pegilah ke ikea..time ni pandemic lagi tau. tapi keadaan yang kita dah boleh merentas daerah, so time ni akupun decide lah nak cuci mata dekat ikea penang...








berkenan tau nak buat camni..tengok bajet macam wokeh


maka belilah papan ni bersama jeng jeng.... hahaha almari and katil weh..


2x aku and husband ulang alik pegi ikea..memula kitaorang beli brg mcm almari and rak, kedua kitaorang angkut katil dengan tilam sekaligus naik honda... perghhh aku rasa mcm besar kecik je tahan napas dalam keta, memang muat2 je kerusi pun tarik depan habis

keadaan kat belakang

tengokla tempat duduk kami...korang jangan follow tau. ni sebab nak kurangkan kos pengangkutan..mahal betui wei kalau guna perkhidmatan depa

bilik sebelum..rumah aku 2 bilik je..ni kira macam stor lah time tu

taraaaa

omei tak..semua warna putih tu dari ikea

jadilah....alhamdulillah



total kos semua...meja putih, almari kecik,almari besar,para , tilam double,kerusi hitam,tilam 2, cadar penyangkut pintu,...adelah dalam 4500 ke bawah..rasanya tak sampai kot 5k tapi nyaris2 lah gitu.  puas hati tauuu cuma kena ada skill nak pasang semua sendiri lah yeeee

 


Do Leave A Comment :)

kek pisang super senang dan mudah jadi

 hai.. harini saja nak share resepi kek pisang mudah jadi





buku ni aku beli dekat hasani time sale..memang mudah amat weh resepi dalam ni...dah lah senang..ha korang trylah sendiri hahahahaha



Do Leave A Comment :)

POST MASAK- PISANG GORENG RANGUP

 hai..harini aku nak ajar buat pisang goreng rangup mudah,pantas, untuk beginner. yang ni insya allah jadi sebabnya aku dah ada pengalaman buat pisang goreng tak jadi selama 100x percubaan. bila aku cuba resepi ni tiba2 aku dah boleh buat jual ha cenggitu... korang kalau nak makan berkali kali kat rumah maka, tirulah resepi ni ye...


cantik kan...siap bijan haaa


bahan2:

pisang yang sesuai dengan pisang goreng. yang ni aku tak pandai..selalu aku pi kedai aku tanya je pisang nak buat pisang goreng, bukan cekodok. kalau pisang cekodok memang takkan jadi ye..ini antara punca fail..tak reti pilih pisang. selalunya pisang goreng ni isi dia tegap2 keras besar gitu... contoh senang, korang google je yee. pisang nipah,pisang abu, cenggitu la bentuknyer..lain dari pisang cekodok..

.

tepung beras
tepung goreng pisang adabi ada juai kat tesco,mydin,econsave,kedai runcit
tepung rangup rasaku ada juai kat tesco,mydin,econsave,kedai runcit

serbuk kunyit sikit

air kapur sikit. nak kasi merah2 gitu aku letak je dalam 3 titik gitu

garam sikit


ok siap dah bahan. cara buat:

3 jenis tepung tu campur je sekali sukatan setiap satu tu 1 cawan kopi. kalau nak buat banyak, tambahkan je tepung sama adil.

masukkan serbuk kunyit, garam. air kapur gaul sebati.

masukkan 1 cawan air..separuh2 dulu tgk kepekatannyer. dia mesti cair macam cair adunan kek.

bukak api kuat2,isi minyak dalam kuali. bila minyak dah panas, sendukkan minyak dan campur dalam adunan tadi.nanti ada letop2 gitu..

kemudian masukkan pisang satu2 dalam celupan tu. dan teruskan goreng dengan api sederhana.

bijan campur dalam bancuhan tepung tu ye. nanti dia sebati sendiri.

ok dah jadiiiiii



 sambal kicap tu..

tumbuk bawang putih bersama cili hijau. agak2 je, bawang putih kurang sikit daripada jumlah cili hijau, masukkan kicap manis, masukkan gula, perahkan limau nipis. dah jadi.



Do Leave A Comment :)