Salam 2014 ^^
Assalamualaikum semua J agak lama menyepi daripada dunia siber ni.hurmm..bukan apa…sekarang ni aku sudah bergelar mahasiswi di sebuah university tanah air tercinta ni. Dulu aku selalu terfikir ayat cikgu2 semasa zaman persekolahan.

                “ Nanti kamu semua dah masuk U esok..tahulah kamu rindu nak balik zaman persekolahan kamu semula”. Lebih kurang macam itulah bunyinya.

 Selalunya aku tak ambil kisah sangat dengan ayat tu. Sebab aku rasa takde apa yang boleh membuatkan aku rindu. Zaman persekolahan ni meletihkan. Ada kokurikulum petang lah.. hari sabtu ada kelas tambahan.. kelas sampai pukul 4 5 petang lah tiap hari.. letih !aku lebih suka study dekat rumah.kadang2 nak pergi sekolah pun malas.al maklum..kena bangun awal mandi pagi2. Yang bestnya bila tiap pagi mak aku sediakan bekal bawak pergi sekolah sampai aku form 6. sekarang bila dah bergelar mahasiswi..penatnya hanya Allah saja yang tahu.. 3 tahun nak menempuh hidup di alam u tak dapat nak disamakan dengan 6-7 tahun di alam persekolahan.walaupun hidup u ni ada cuti sem,kelas pun isnin sampai khamis sahaja,tapi peritnya 100x ganda daripada alam persekolahan.Mental kena kuat ! kalau waktu form 6 aku boleh main2 lagi,dah masuk u ni..semua sendiri.mana nak cari bahan rujukan,nota,assignment,projek akhir,praktikal,tesis.
Bayangkan…
1-      kalau dulu waktu form 6 aku tiap2 petang tido..dah masuk u memang sekali dua aje aku tido petang..
2-      -kalau sebelum2 ni aku boleh makan 24jam siap 2 3 pagi bukak periuk nasi..dok u ni kriukk kriukkk aje perut aku berbunyi..
3-      -kalau exam selalunya aku boleh relax study malam aje hatta sampai aku masuk form 6 pun aku x penah study pagi dan melebihi 1 pagi,masuk u ni terpaksa aku lajakkan masa..
4-      Kalau ada kerja sekolah..2 jam saja boleh siap..takpun kat sekolah dah siap..di u.. mau amik masa nak siapkan assignment..
5-      Selalu kelas paling lewat 4-4.30pm dan boleh relax tak kejar masa..masuk u ni aku pernah non stop active sampai 10 malam kelasnya…
6-      Banyak program yang clash dengan jadual mingguan aku balik rumah..
Sekarang aku percaya..zaman persekolahan sangat best ! rombongan sekolah paling lama seminggu…lepastu balik rumah..korang boleh tahan ke 3-4 bulan tak balik rumah tercinta?tak rindu family?

Kini aku dah nak masuk sem 2.maknanya,ada lagi 5 sem lagi..tapi memandangkan sem 2 pun belum bermula,kiranya 6 sem lah lagi nak tempuh ragam2 universiti. Semoga bertemu lagi lain lembaran.hidup ceria dan senantiasa sihat semua ! amiin J

Do Leave A Comment :)