Selamat Menduduki STPM sayangku...

Hehehe babyboooo=) chaiyuk2.... gambate..usaha2..haha fuyoo banyak bahasa kite boleh bercakap owh^_^ Apapun, buat yang terbaik.. And I am always here for you ^_^^^, Tgk gambar atas ni sbg pemberi semangat..haha =D I love you Sakirah <3<3<3

Made it special for you=)



Do Leave A Comment :)

mesyuarat penubuhan koperasi dan persatuan


Mengapa perlu ada rasa pening dalam proses penubuhan persatuan dan koperasi??
jomm tengok dan belajar cara penubuhannya..semudah a b c bagi pelajar yang mengambil subjek pengajian perniagaan.. 

Penubuhan persatuan

1.mesyuarat penubuhan

-sekurang-kurangnya minima 7 orang ahli bagi memulakan penubuhan.
-pelaksanaan mesyuarat penubuhan perlulah mempunyai maklumat berikut :
(ada 4 maklumat penting )
a-persetujuan penubuhan persatuan
b-nama dan alamat persatuan
c-pelantikan ajk
d-penggubalan undang2 kecil

2-pendaftaran penubuhan

-membuat pendaftaran di jabatan pertubuhan negeri masing2
-2 orang pemegang jawatan utama perlu menandatangani borang pendaftaran yang diberi.
-yuran pendaftaran dibayar di jabatan pertubuhan negeri
-beberapa dokumen lengkap perlu dibawa besama
(ada 4 makumat pentng )
a-borang pendaftaran yang lengkap diisi
b-senarai nama ajk yang dilantik
c-undang2 kecil yang digubal
d-minit mesyuarat penubuhan

2-kelulusan
Sesebuah pertubuhan tidak dibenarkan untuk melaksanakan sebarang aktiviti selagi tidak mendapat kelulusan daripada jabatan pertubuhan negeri masing2.

Mesyuarat penubuhan koperasi.

1 membuat permohonan di SKM

2 setelah mendapat kebenaran,perlu melantik sekurang-kurangnya 10 orang ajk penaja
(maklumat penting ialah tugas ajk penaja)
A menentukan jenis koperasi
B membuat dan menggubal undang2 kecil yang seragam dengan SKM
C membuat senarai aktiviti koperasi
D melaksanakan agenda mesyuarat penubuhan koperasi

3 mengadakan mesyuarat penubuhan koperasi bagi memperkenalkan undang2 kecil dan ahli yang bertanggungjawab.wakil SKM dipanggil untuk memberikan maklumat mengenai tanggungjawab ahli koperasi

4 mengisi borang permohonan dan membawa dokumen lengkap semasa pendaftaran iaitu :
A borang pendaftaran yang ditandatangani 10 orang ajk penaja
B 3 naskah undang2 kecil
C minit mesyuarat agung dengan tandatangani kira2 50 orang ahli
Kelulusan
Tidak dibenarkan memulakan sebarang aktiviti koperasi sekiranya tidak mendapat sijil pengakuan daripada SKM .
Sekian.... J



Do Leave A Comment :)

-LA TAHZAN-

"Bismillahir Rahman nir Rahim" – dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

saat ini,'world clock' atau jam dunia pada handphoneku sudah menginjak ke angka 23:13 pm.namun,aku masih boleh mendengar setiap orang dalam isi rumah ini masih berjaga.maklumlahh..hari ini merupakan hari dimana seluruh umat Islam di muka bumi tuhan sedang meraikan Hari Raya Aidiladha.jika kita masih ingat,akan peristiwa nabi Ibrahim bersama anaknya,nabi Ismail membina kaabah di makkah,sudah pasti kita dapat menghayati sambutan raya tersebut selain daripada meraikan jutaan manusia yang menunaikan rukun Islam  ke-5 itu.
tapi...
hari ini merupakan hari di mana aku terpaksa berhadapan dengan satu musibah yang telah ditakdirkan buatku..
pada mulanya,fikiran aku sangat celaru..perasaan celaru itu diselang seli dengan perasaan aku yang x keruan.aku resah,gelisah.aku berasa kecewa,marah,sedih..semuanya...mungkin kalau orang nak nilai perasaan campur baur aku ini,bolehlah disamakan dengan proses learning to bake a cake like a pro.bukan calang-calang kek.tapi red velvet ka..moist choc indulge ka..black forest ka..sebenarnya ayat aku nak samakan dengan kesedapan kek tu diolah sedap kerana ketepatan ingredient sama dengan perasaan aku ketika ini..
abaikan saja kalau x paham...T_T
semakin aku menginjak dewasa,(umur pun dah makin meningkat),aku makin memahami keadaan dunia semasa..aku berhadapan dengan 1001 karenah manusia yang berada di sekeliling aku.kadang kala aku bermonolog sendirian,kenapa di dunia ini,zaman kini,nak cari manusia yang baik pada kita susah sangat?mungkin itu ada kaitannya dengan nafsu dan akal...ya lah...yang membezakan manusia dengan binatang hanyalah dua benda ini.sebab tu ke mana sahaja aku pergi,aku dapat melihat pelbagai karenah di depan mata aku..
ada yang berlagak alim..sangat alim..tapi,perangainya ibarat syaitan bertopeng manusia(maaf andai terkasar..) tapi hakikatnya,sifat diri yang ada padanya tidak sama langusng dengan perwatakan dirinya..aku tidak tahu,kenapa hanya dengan perasaan cemburu yang bermaharajalela,dia sanggup mengkhianati sahabatnya,bermasam muka,menceritakan perihal tidak baik yakni mengumpat sesama manusia?
tapi apabila berhadapan dengan orang yang diumpat,muka senyum penuh makna sampai ke telinga...
setiap perkara yang menimpa aku,hari ke hari,kadang membuatkan aku kuat,kadang membuatkan aku lemah..sangat lemah hinggakan aku mengabaikan orang sekeliling yang menyayangi aku..
aku hanyalah insan biasa..

tidak mengapa..aku tahu semua ini ada hikmah dan pasti akan ada penyelesaiannya.JANJI TUHAN.setiap penyakit itu pasti ada penawarnya.dan..setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaian..:)

ya tuhan...tabahkan hati hambamu ini dalam menempuh setiap dugaan yang Engkau berikan padaku..










Do Leave A Comment :)

my 1st love letter from my love :)


surat cinta daripada yang tersayang..huhu...
sebaknyerrr

Every times I saw a comet past in front of u,
I made a wish that I know it would be true,
Hoping an angel could make smile when I was blue,
That’s when I found you.

Since the day u walk into mylife,
Nothing could explain the happiness that makes me alive,
All my dream seems to become true,
When I said I LOVE U.

Dear Sakirah my beloved moonlight,
U always shine the sky when it’s night,
Even the shining stars could not resist your bright,
As you are the most beautiful and most temperate to shine in my heart.


Dear Sakirah,
                This is the first and the last time I ever fell in love with a beautiful, complicated, fascinated, petite young woman who inhibit my soul. You are the most gorgeous person ever to penetrate my heart. Your sweetness cannot be compare with the sweetest memory I ever had. Your beautiful sparkling eyes make the stars look like they’re not shining. Your rosey blushing cheek had made your exquisite face unlikely to fade in my dream.

                Dear lavender, you had always touched my heart from the beginning of my life. The way you smile at me makes me happy to know you. Your soft word and graceful way of treating me had made my hard-hearted become as soft as the waving bamboo blew by the wind. Until now, it is hard to explain the reason I fall in love with you. You were always there when I need you. You always sketch a smile on my face. You often make me laugh with your childish yet sweet attitude. You had made my heart and soul to fall in love with you.

                Dear my beloved sunshine, you always care about me. You often ask about me when I am not around. Wishing me “good luck” when I need it, says “happy birthday” to me when everyone seems to forget about it. No one ever get this close to my heart as you do. You had changed my world. You had changed my life. You are my only hope that kept me alive. A day without you is like a thousand years of graving in a lonely world.

                My tears start to roll down when remembering all the good times we had together and how I wish I could hold your hand, watch your beautiful eyes sparkle and says how deeply I am in love with you. Whether  we are close together  or far apart, you will always be the woman of my life. The only man I will envy is the man who wins your heart, and I will always make sure that it would be my destiny to be that man.

I love you Sakirah,
And I pray day and night that we could be together someday, striving all of the things we had dream together.And believe me when  I say this, you are my only lover that I love the most forever and ever.
I LOVE YOU……

muuuuahhhhh^_^^^

Do Leave A Comment :)

pengajian am kertas 2 (karangan laras sastera)

tajuk soalan:sejak akhir-akhir ini,bidang sukan dibangunkan oleh negara secara terancang ke arah memantapkan integrasi nasional. selain usaha ini,negara juga produktif melaksanakan pelbagai pendekatan bagi mencapai hasrat murni tersebut.jelaskan pernyataan di atas.

- bagi calon yang hendak menjawab soalan karangan sebegini,calon perlu membaca dengan teliti sebelum membina rangka karangan.skema sebenar soalan ini ialah 1+3.

contoh karangan lengkap:
Secara umumnya,pembangunan integrasi nasional merupakan pembangunan yang melibatkan yang dibentuk ke arah pembinaan perpaduan kaum.Perpaduan merupakan antara aspek penting dalam membangunkan sesebuah negara kerana impaknya begitu besar sekiranya sesebuah negara gagal mencapai perpaduan kaumTerdapat pelbagai pendekatan yang dilaksanakan oleh negara bagi mencapai hasrat murni tersebut.

Pendekatan daripada aspek bidang sukan telah dirancang bagi memantapkan integrasi nasional.umum mengetahui bahawa bidang sukan merupakan medium ke arah pembentukan masyarakat yang sihat.Namun begitu,penglibatan kaum yang mengambil bahagian dalam acara sukan mampu membentuk perpaduan seperti memasuki acara perbarisan atau larian.Peserta dari pelbagai kaum saling bekerjasama sesama mereka untuk memacu kejayaan dalam bidang sukan.oleh hal yang demikian,bidang sukan mampu memantapkan integrasi nasional.

Seterusnya,bidang pendidikan juga mampu membangunkan integrasi nasional melalui falsafah pendidikan negara yang menerapkan unsur semangat integrasi dan pelaksanaan sekolah Wawasan di Malaysia.Penghayatan sejarah Malaysia dan pembelajaran sivik bagi setiap pelajar membantu mereka untuk memahami erti dan kepentingan perpaduan.Sebagai contoh,pembelajaran sivik membantu pelajar memahami budaya setiap kaum dan seterusnya membentuk perpaduan.oleh sebab itu,bidang pendidikan mampu mencapai pembentukan perpaduan kaum.

Kepelbagaian aspek ekonomi menyaksikan pelbagai bidang ekonomi dilaksanakan juga mampu memantapkan integrasi nasional.Negara telah membuka peluang ekonomi kepada setiap lapisan masyarakat di negara ini.Kaum Cina dan kaum Melayu misalnya,bekerjasama untuk membuka cawangan pakaian melalui dasar 1 Malaysia yang memerlukan penggabungan pelbagai kaum dalam meningkatkan ekonomi negara.

Bidang sosial turut membantu negara untuk membentuk integrasi nasional melalui pengamalan konsep 1 Malaysia.Konsep 1 Malaysia menyaksikan penglibatan kaum dalam semua kegiatan seperti kebudayaan,sukan,pendidikan,dan perniagaan.Sebagai contoh,rumah terbuka 1 Malaysia saban tahun telah berjaya membentuk perpaduan kaum kerana rumah terbuka tersebut melibatkan seluruh perayaan kaum di Malaysia.

Kesimpulannya,negara telah melaksanakan pelbagai pendekatan bagi mencapai hasrat murni tersebut.Harapan yang besar untuk melihat perpaduan kaum terus kukuh haruslah disemai dalam kalanagan masyarakat agar kita dapat merasai manfaat daripadanya.


-selamat mencuba!
Do Leave A Comment :)

my super sweet form 6

ASSALAMUALAIKUM..^^
hai...hai..hai...hei
pada saat ini,kita akan mula membuat coretan berkenaan dengan kehidupan form 6..
act,aku hanya boleh berkongsi rasa aku melalui kehidupan aku menjadi pelajar upper six sahaja..
sebab aku sendiri tidak sempat merasai kehidupan di lower six..
tapi tdak mengapa,segala kehidupan upper six aku,sudah cukup untuk memenuhi segenap ruang suka dan duka kehidupan ^^pada entry ini,aku akan menulis berdasarkan kepada tatabahasa yang betul.kadangkala,ayat tidak gramatis tetap dikira betul jika ayat yang dinyatakan itu tepat mengikut hukum..ewahhh...
al-maklum,aku harus mempraktikkan bahasa ibunda sebenar memandangkan  bahasa utama yang aku pelajari di sekolah ialah bahasa melayu..:)
sebenarnya,kehidupan apabila mula menjejakkan kaki di menara form 6 tidaklah sesuatu yang teruk seperti yang sesetengah orang sangka,dan juga tidak lah semudah berbanding apabila kita memasuki sebarang pengajian tinggi yang lain..haruslah diingat,dibuku semat dalam hati bahawasanya..
stpm=SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA..
kalau kita geruan dengan muet..
stpm=muet sama sahaja...
tiada salah satu(khas bagi yang memasuki stpm) anda tetap tidak dapat menjejakkan kaki di menara gading..
sekarang,format stpm sudah berlainan..
kiraan pointer dibawa selama 4 kali exam..
bukan macam peperiksaan terdahulu..
baca banyak-banyak,periksa sekali jalan..wah..wah..
bagi aku..aku sangat menyukai kehidupan aku sekarang berbanding pengajian aku sebelum ini..
aku SANGAT menyukai sastera..
aku suka membaca
aku suka jika diri aku bergelumang dengan buku
dan tempat terbaik untuk aku merealisasikan impian aku adalah melalui stpm.
matlamat aku adalah menjadi pelajar terbaik,tetapi..langkahku ini biarlah aku sahaja yang mengetahui..
kejayaan itu di penghujung,maka,lebih baik kiranya segala yang kita kecapi sepanjang perjalanan menuju destinasi ini menjadi rahsia kita..
aku hanya akan bersorak di penghujung sahaja..
haha...
bagi sesiapa yang membaca entry ini,sudah teramat pasti,anda tidak memahami apa topik sebenar yang aku hendak sampaikan bukan?
haha...
buka hati,buka minda..
sekian...
xoxo
Do Leave A Comment :)

BBOOOSAAAANNN

OKK.
nampak xxxxxx????

BOSANNNNN

cuti 2 minggu.......
bbbbboooosaaaannnnnnn
tgk tb bosan,

 buat hw bosan,

bejalan pon bosan,
nak tulis pon bosan!!!!
so smpai sini jelaaa...
hahahaha..


Do Leave A Comment :)

Hehe nak bagi adiah dkat si manje kita^_^^^,

        Hehe wow dah lama rasanya xupdate blog ni......Uummm nak citer ape yer hari ni=) Kite pun agak terketar2 laa skrg ni..huhu xtahu knp...mungkin sbb rindu akan kekasih dalam ahti ni^_^^^, hehe aww bunganya ayat aku..hahaha=p  weekkk. Hari ni kn, nak tahu, si pelik beli aaadiah tau=) hehe special buat yg tersayang, budak musyuk manje kita^_^ hehehe hai babyboo=)  Nk tgk x,nk tgk xape hadiahnye^_^^^,..kjap kite cuba masukkn gambar^_^

Haa, muncul pun dia...hehe jap2 kita besarkn sikit tgk^_^
lalalala=p

       Haha^_^ inilah hadiahnye...coooomel sgt bila 1st time pelik jumpa. Waktu ni, pelik tgh jalan2 dgn kwn pelik nama nizam^_^ hehe dia ajak kite teman,carikan adiah birthday present utk buah hatinya..hehe hai nizam^_^ Pelik saaje ronda2,tgk jumpe baaanyak kerongsang,baaanyak teddy..hehe comel2 smua, mcm babyboo kita^_^ Hehe pelik nak poskan esok pagi,nanti boleh sampai cepat^_^ hehe babyboo jagakan beary elok2 yer^_^ Haa,lagi satu,buku mastika..haha sayang,sorry tau^_^ abg tahu sayang jeles bila crita tntg buku mastika...hehe sbnrnya dr awal,mmg niat pelik belikan buku ni special utk babyboo sbnrnye...hehehe^_^ hehe saje aje pelik nk jeles2kan babyboo awal2^_^ hehe alaaa,dgn sape lg pelik nk bergurau kn sayang^_^^^, hehe maane buku mastika ni...nk kna tangkap skit gambar..edisi bulan 6 tau^_^ xmasuk lg bulan 6,tgk pelik dah ada..haha hebat x^_^^^,


        Ya Allah hensemnyaaaa akuu!!!!!!mcm manelah aku boleh xsedar selama 19 thn aku hidup ni...hahahhahaha^_^ gurau2=p peliknya muka aku ..haha jap2 aku cari muka yg lg suci sikit utk promote buku ni^_^

         Haa,kn macho sikit, stuju xbabyboo^_^^^, hahaha=D yeaaa,nanti esok pelik nak gi zoom zooom post laju=) hehe tunggu tau...tunggu tau^_^

Jadi,saya akhiri perbicaraan hr ini dgn walaweiihh and good night^_^ haha=D

p/s: I love you Sakirah =)


Do Leave A Comment :)

23rd January 2012 aka Best dAy of MY LifE

          Tanggal duaa puluh tiga..bulan januari 2011..hari yg mulia,hari yg bahagia..sambut dgn jiwa yg pergh best giler^_^ Haa nk tahu ape yg best nye pada hari tu. Ni haa, kakak kpd puteri intan cahaya permata hatiku Sakirah,iaitu Erma Ernaz (nama glamor fb tuu=) bertuunang.. Haa..dia kakak dia bertunang, aku pulak yg syok lebih?? haha bukan...kakak dia bertunang..ape lagi, Saya Hudzaifah dijemput dtg...tambah lagi...dapat bersama si musyuk wangi manje kesayanganku Sakirah^_^ Itu yg bbest tu..hehe



Ni dia gambar kakaknye...pergh..cun x^_^ hehe tp babyboo ku lebih comel^_^










Let me tell you a story how a boy manage to keep cool walaupun time tu hoho nervous giler=) 

            Sminggu sebelum majlis pertunangan, saya yg kacak lebih bergaya dijemput datang ke majlis ini, dalam masa yg sama saya diminta utk menangkap gambar majlis itu=) Tangkap gambar..hehe hobi yg xdapat dipisahkn dr diriku sejak kecil lagi^_^ Sewaktu saya dijemput oleh kekasih yg aaaaaamat saya sayangi, I was thinking.."bayangkn di rumahnye peenuh dgn saudara saudari keluarganya dan aku satu satunya hidupan yg belum ade pertalian darah dgn mereka(hehe otw 7 thn lagi=) woo mesti segan giler mcm tu". Segan ..mane xsegan..insan yg saya kenal didalam rumah itu hanyalah my comel manje dan ibubapanya termasuk kakaknya. Lain,hehe mungkinlah pernah terserempak di jusco ke...fb ke. But well, what the hack ^_^ best ape...janji aku dapat bersama kekasih yg amat aku cintai^_^ bak kata lagu rozana,lautan luas sanggup ku renangi, track padang 1000m sanggup ku lari demi utk bersama my babyboo=)



Posisi bila aku tgh segan sambil tersenyum gembira=p


Pejam celik pejam tidur balik, akhirnya tibalah saat yg dinantikan..23 January=)


           Di hari raya,terkenang daku kpd si dia...ewahh...haha ribut makk^_^ Cuba bayangkn...haha aku bangun kol 10 lebih hr tu...haha kelam kabut aku=) Sakirah pada awalnye minta bersiap awal..lebih kurang kol 11 my babyboo akn call utk ajak datang. Haha ape lg...rushing mandi ..perfume everywhere=p strika baju sekemas yg boleh tau^_^ waktu strika pun dok pakai towel aje semata2 ammau berpeluh=) Tp kn...tp kn..saya ada satu crita sedih....yg sedihnye......



haha saya gosok baju dan seluar ni..tp..tp...akhirnya transform ke...













jeng jeng jeng..hoho baju bunge bunge tue^_^ hehe hensem aje kn sebenarnye..."prasan" =p haha bukan sedih sgt sbnrnye..yg sedihnye saya dah gosok baju awal2 tu..tetiba my beloved papa n mama cakap "haiyoo apelaa jepah ni..baju dah 3 hari xbasuh pun nk pakai ke"...hehehe shhh rahsia kita bersama aje=p My papa pun bukalah almari kamarnye dan memberikan kpdku baju dan seluar slack =) hehe hensem x...klu x,tlg komen 10 sbb knp yer=p

             Haha daku terima call pada jam 12 oleh cintaku.."Abg, abg ada mane, mai laa jom jom tp abg, syg mungkin xdapat temankn abg awal2..hehe syg nk kna duduk dgn pengantin ..dan abg, nanti mai, tahu x mcm mana nk setting kamera, ntah knp kamera asyik jd blur"...then saya pun kata "I'll be back"..hhohoo mcm terminator=p Saya pun minta kebenaran dr ahli keluarga saya dan vroom vroom naik LC papaku=) demi menjaga rambut..daku pun bawalah slow2=) Pbila ku sampai....haha mane nk parking moto ni...pergh...goyang lutut bagaikn goyang lutut..haha penuh sanak saudara di dpan rumah=)


Suasana di rumah majlis.Meriah dipunuhi sanak saudara dr pihak lelaki dan wanita=) Haha bayangkn saya kna jalan dan salam stiap seorang.Hohoho menakutkn tambah pula sorang2 pandang pakaian disco ku=p Dan daku terus jalan n salam...until..until... bertemu dgn org yg palikg saya takut waktu itu, bapanya. Well,perkenalan daku bersama bapanya pada awal sebelum ni xbrape manis(kantoi dating kt blakang umah) hehehehe=p But what people say,all is well=) Her father greet me with a smile and ask me to come in and sit with everyone^_^ Hehe,tuhan shj tahu betapa leganya hatiku waktu tu. Serious,hilang trus segala nervous aku waktu tu^_^ Kemudian datang ibundanya dan mengajak jemput minum dan selang beberapa minit kemudia... menjelma bidadariku  dgn wajah dan senyuman manis.Ya Allah...cantinyaaaaa kekasihku^_^ syukur saya=) hehe dgn watak dan gerak geri comelnye memanggil daku utk datang kesebelahnye=) hehehe bestnyeeeeee^_^

My sweet little babyboo=)
          Kami pun duduklah berdua di laluuan dr ruang tamu nk ke dapur sambil sembang2 sikit dan soalan pertamanya....
"Awat pakai baju mcm ni!"...hahaha told you so^_^ a question which i've been expecting =p hahaha.... Kita pun jawablah soalan dgn penuh tatabahasa campur sgala equation yg perlu "bapak kita marah laa sbb baju yg abg nk pakai tu dah 3 hari xbasuh"..hehe with a smile^_^.. "amboi abg...wangiinyeee=)"....hehe yahoo^_^ dapat pujian pertama=p Kami berdua pun bersembang then sayangku pun berilah kamera utk di adjustkn .. sungguh camera tu jd blur...saya pun main hentam kromo aje tekan2 ( hehe saye xreti gune kamera digital act)...dan akhirnya dah cantik smula. Tanpa membuang masa...saya dgn terkejutnye diajak utk masuk bilik. MASUK BILIK?? haha masuk bilik utk tangkap gambar kakak dia laa...ape laa korang ni..=p haha.. 
          First impression tgk kakak dia...fuuhh arab doe!!! hehe cantik akak dia hr tu=) (jgn marah sayang=p ) hehehe.... Yg kelakarnye, itu first time aku dgr suara kakaknya..beza dr apa yg aku bayangkn. Ape lg..mulalah aku menangkap gambar, but at that moment..i felt so awkward.... Hahaha mane xnye saya sorang aje laki dan penuh gadis2 comel2 dalam bilik tu (akaknye,spupunye,makciknye) 
        hehehe waktu tu saya dan kirah diusik usik oleh spupu dan makciknye.."Ohh ni kaa boypren kirah..amboi...kirah gi laa ambik gambaq skali..alahai apa nk segan aiihh "...hahaha waktu itu,si manje ku malu malu dan tolak dgn alasan "tu ema pengantin tu..tangkaplaa gambar dia dulu (sambil tersenyum) " haha manakala si romeo yg tgh pegang kamera pula hanya mampu tersenyum2 malu (klu aku putih..bleh nampak pipi aku blushing owhh!!" ^_^ But that was one of the best moment i had, teasing and laughing with her family. It was fun..hehe suke saya waktu tu^_^ last skali kami pun bergambar bersama^_^



Sehingga sekarang aku masih tertanya-tanya, aku sedang bercinta dgn seorang gadis yang paling baik hati,mulia dan cooomel=)









Dan aku syukur, dgn izin Tuhan kami dipertemu scr tak sengaja dan kami berdua masih ketawa bersama bila fikirkn mcm mana kami berdua boleh bercinta. Tapi aku bersyukur..amat bersyukur.

Thank you Ya Allah=')





       
         Well, hari yg amat menyeronokkan bagi saya ^_^ bergambar sini sana...lagi2 bergambar disisi kekasih yg amat ku sayangi=)  Klu nk dikatakan..baaanyak gambar ditangkap waktu dlm bilik itu aje. Pengantin pula posing amboi sakan..hehehe dan lepas beberapa kemudia, datangnya rombongan dr pihak lelaki utk sarungkn cincin. Haha di dalam hatiku pula "hehe cepatlaa, lpas ni bleh makan nasi...nyum nyum"...hehehe... Meeeriah waktu tu. Rombongan lelaki datang bleh tahan ramai owh.. Penuh satu rumah=) dan ape lagi...daku pun menagkap nagkap gambar tp fuuhh susah. Beberapa element yg perlu ada utk memastikan gambar itu cantik :
1) Angle
2)Lighting
3)Camera Body
               Haha jamn ramai org time tu tangkap gambar, aku pun terpaksa menyelit2 utk tangkap gambar. Yang sempoi, saya siap tunduk berdiri dibawah tgn seorang wanita yg sedang tangkap gambar juga waktu tu..haha ayoyo^_^ but sronok bagiku ...Dan tibalah masanya...woohoo makan^_^ Macam mcm ada bak kata pakcik Astro=p Hehehe ada ayam masak merah,kari ayam,ikan kering,tp yg 1st time aku tgk...betik celur. Baru ku tahu buah pun boleh buat ulam tp..haha saya tunggu kawin nanti^_^ Kirah yg akan suapkn ulam2 ni...hehehe kn kn sayang=) Pergh kenyag setelah sental 2 pinggan bersama air oren=p Haha rugi xde gambar..tidak boleh buat korang terliur sebentar... Kenyang...rasa mcm baru lpas mkn maple 3 kali tambah...woohoo best tp dalam masa yg sama "tadadaa daa tadadaa daa tadadaa daa daaaa"..haha henfonku berbunyi. Bapaku memangil ku pulang krn my ibu-ibu saudara datang melawat. Alaa baru ingat nk stay lama lg..hehhehe=) Tapi saya rasa itulah antara saat yg menggembirakan buat kekasihku.. Saya berikan sebuah handfon android utk dipinjamkn sehari kod kekasihku krn ada beberapagame yg best dlm tu^_^ sambil tu...hehehe kite tringin gambar sayang kite manyak manyak.... Hehehe waktu saya kata," xpe..sayang gunelah dahulu"... how happy i am to see her bigg smile on her cute blushing face^_^ Tp yg lawaknye..haha aku lupe pula nk beritahu password hhandfon tu..hahaaha jenuh Kirah mencuba. Last2 skali...aku trima satu panggilan "abah celcom"..haha jamn nk jawab xmau..nk jawab xmau (waktu ni aku pula sdg guna telefon beliau=) Aku menahan nafas dan mengangkat panggilan tersebut. Selang 3 4 saat kemudian baru ku terdengar suara manje kekasihku..hahaha lepas terus nafas^_^ "haha ingatkn abah td".... soalan pertama "jepahh..ape pasword hanfon ni.....(dgn nada comel2 manje) "...















            What a day it was^_^ Hari yg paaaling bahagia utk saya.... Tambah lagi petang tu saya datang lagi...tp kali ni..just the two of us=) Sambil makan cake bersama di ruang tamu... Bestt....suukee...sroonok... Hard to describe the feeling ... We both are in a long-distance relationtship dan hanya mampu bertemu beberapa kali dalam sbulan dua=') Kadang jeles juge lihat orang lain, sentiasa dapat bersama kekasihnye, stiap hari melihat senyuman kekasihnye but all is well. Segala yg berlaku pasti ada hikmah dan mungkin apa yg berlaku kpd kami hanyalah utk mengeratkan rasa rindu dan menguatkan rasa cinta agar berkekalan hingga selamanya.


      My dear Sakirah, thank you for all the kind deed you have done to me. You have shown me light. You have gave me strength when im down and you cheer me up when i cry. There is no one who can replace you in my heart=')Walau kita jatuh cinta secara xdisangka..bersembang tntg wanita dan lelaki lain, tapi akhirnya.. You and I ..together forever. Muuuuuuaahhhhh...abg saaaaayang si manje abg. Dari awal abg tergerak hati sehinggalah ...tiada sehingga..krn abg berdoa..sayanglah bidadari abg di syurga kelak=')
I lOvE yOu Sakirah ^_^^^,


p/s: hehe sayang, sorry klu banyak perkataan manje2 yg abg xcencored=) can't help it when im writing word from my heart^_^^^, muuuaahhh... love you babyboo=)

Do Leave A Comment :)

Adakah Dia Jodohku

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :)

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

hehehe babyboo=) I love you ^_^


Do Leave A Comment :)