- bagi calon yang hendak menjawab soalan karangan sebegini,calon perlu membaca dengan teliti sebelum membina rangka karangan.skema sebenar soalan ini ialah 1+3.
contoh karangan lengkap:
Secara umumnya,pembangunan integrasi nasional merupakan pembangunan yang melibatkan yang dibentuk ke arah pembinaan perpaduan kaum.Perpaduan merupakan antara aspek penting dalam membangunkan sesebuah negara kerana impaknya begitu besar sekiranya sesebuah negara gagal mencapai perpaduan kaumTerdapat pelbagai pendekatan yang dilaksanakan oleh negara bagi mencapai hasrat murni tersebut.
Pendekatan daripada aspek bidang sukan telah dirancang bagi memantapkan integrasi nasional.umum mengetahui bahawa bidang sukan merupakan medium ke arah pembentukan masyarakat yang sihat.Namun begitu,penglibatan kaum yang mengambil bahagian dalam acara sukan mampu membentuk perpaduan seperti memasuki acara perbarisan atau larian.Peserta dari pelbagai kaum saling bekerjasama sesama mereka untuk memacu kejayaan dalam bidang sukan.oleh hal yang demikian,bidang sukan mampu memantapkan integrasi nasional.
Seterusnya,bidang pendidikan juga mampu membangunkan integrasi nasional melalui falsafah pendidikan negara yang menerapkan unsur semangat integrasi dan pelaksanaan sekolah Wawasan di Malaysia.Penghayatan sejarah Malaysia dan pembelajaran sivik bagi setiap pelajar membantu mereka untuk memahami erti dan kepentingan perpaduan.Sebagai contoh,pembelajaran sivik membantu pelajar memahami budaya setiap kaum dan seterusnya membentuk perpaduan.oleh sebab itu,bidang pendidikan mampu mencapai pembentukan perpaduan kaum.
Kepelbagaian aspek ekonomi menyaksikan pelbagai bidang ekonomi dilaksanakan juga mampu memantapkan integrasi nasional.Negara telah membuka peluang ekonomi kepada setiap lapisan masyarakat di negara ini.Kaum Cina dan kaum Melayu misalnya,bekerjasama untuk membuka cawangan pakaian melalui dasar 1 Malaysia yang memerlukan penggabungan pelbagai kaum dalam meningkatkan ekonomi negara.
Bidang sosial turut membantu negara untuk membentuk integrasi nasional melalui pengamalan konsep 1 Malaysia.Konsep 1 Malaysia menyaksikan penglibatan kaum dalam semua kegiatan seperti kebudayaan,sukan,pendidikan,dan perniagaan.Sebagai contoh,rumah terbuka 1 Malaysia saban tahun telah berjaya membentuk perpaduan kaum kerana rumah terbuka tersebut melibatkan seluruh perayaan kaum di Malaysia.
Kesimpulannya,negara telah melaksanakan pelbagai pendekatan bagi mencapai hasrat murni tersebut.Harapan yang besar untuk melihat perpaduan kaum terus kukuh haruslah disemai dalam kalanagan masyarakat agar kita dapat merasai manfaat daripadanya.
-selamat mencuba!
0 orang kata sayang.:
Post a Comment