my super sweet form 6

ASSALAMUALAIKUM..^^
hai...hai..hai...hei
pada saat ini,kita akan mula membuat coretan berkenaan dengan kehidupan form 6..
act,aku hanya boleh berkongsi rasa aku melalui kehidupan aku menjadi pelajar upper six sahaja..
sebab aku sendiri tidak sempat merasai kehidupan di lower six..
tapi tdak mengapa,segala kehidupan upper six aku,sudah cukup untuk memenuhi segenap ruang suka dan duka kehidupan ^^pada entry ini,aku akan menulis berdasarkan kepada tatabahasa yang betul.kadangkala,ayat tidak gramatis tetap dikira betul jika ayat yang dinyatakan itu tepat mengikut hukum..ewahhh...
al-maklum,aku harus mempraktikkan bahasa ibunda sebenar memandangkan  bahasa utama yang aku pelajari di sekolah ialah bahasa melayu..:)
sebenarnya,kehidupan apabila mula menjejakkan kaki di menara form 6 tidaklah sesuatu yang teruk seperti yang sesetengah orang sangka,dan juga tidak lah semudah berbanding apabila kita memasuki sebarang pengajian tinggi yang lain..haruslah diingat,dibuku semat dalam hati bahawasanya..
stpm=SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA..
kalau kita geruan dengan muet..
stpm=muet sama sahaja...
tiada salah satu(khas bagi yang memasuki stpm) anda tetap tidak dapat menjejakkan kaki di menara gading..
sekarang,format stpm sudah berlainan..
kiraan pointer dibawa selama 4 kali exam..
bukan macam peperiksaan terdahulu..
baca banyak-banyak,periksa sekali jalan..wah..wah..
bagi aku..aku sangat menyukai kehidupan aku sekarang berbanding pengajian aku sebelum ini..
aku SANGAT menyukai sastera..
aku suka membaca
aku suka jika diri aku bergelumang dengan buku
dan tempat terbaik untuk aku merealisasikan impian aku adalah melalui stpm.
matlamat aku adalah menjadi pelajar terbaik,tetapi..langkahku ini biarlah aku sahaja yang mengetahui..
kejayaan itu di penghujung,maka,lebih baik kiranya segala yang kita kecapi sepanjang perjalanan menuju destinasi ini menjadi rahsia kita..
aku hanya akan bersorak di penghujung sahaja..
haha...
bagi sesiapa yang membaca entry ini,sudah teramat pasti,anda tidak memahami apa topik sebenar yang aku hendak sampaikan bukan?
haha...
buka hati,buka minda..
sekian...
xoxo
Do Leave A Comment :)