SEJARAH TURKI UTHMANIYYAH ASSIGNMENT KU


dalam entry ni aku nak share sikit assignment sejarah aku yang antara teragung lah bagi aku. esei ni dalam subjek Sejarah Asia ni aku dapat A. tak ramai pun adalah dalam 3 orang yang dapat A. Aku antaranya lah. aku kena buat tajuk tentang kerajaan Turki Uthmaniyyah dari awal sampai akhir kemerosotan. aku boleh lah share sikit2 part buat rujukan korang without footnote ok. yang tu pandai2 cari sendiri hehehe. 




1.0       PENDAHULUAN
            Secara umumnya, ajaran Islam telah turun dan berkembang sejak datangnya nabi Adam a.s. yang diturunkan  ke dunia dan disebarkan melalui insan-insan terpilih sehingga kepada nabi terakhir buat umat sekarang iaitu Muhammad. s.a.w.  Ketika itu, kerajaan Islam telah mula mencapai kegemilangan terhebat sehingga berjaya menguasai dunia melalui penyebaran agama. Buktinya, menurut Philip.K.Hitti,“...from Medina the Islamic theocracy spread all over Arabic and later encompassed the larger part of Western Asia and North Africa...” 1
                  Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, warisan kerajaan Islam kemudiannya diteruskan dengan pemerintahan khalifah  utama (Abu Bakar, Umar Al-khattab, Usman bin Affan dan Ali bin Abi Talib) melalui sistem pemilihan khalifah.2 Pemerintahan secara warisan pula bermula selepas tamatnya warisan Khalifah dan ini menyebabkan perkembangan Islam berlaku ke seluruh dunia. Umat Islam sehingga ke hari ini juga telah mendiami kawasan geografi yang sangat luas dan antara kawasan yang menarik untuk dikaji ialah di Timur Tengah atau Timur Dekat yang dikenali sebagai kawasan Asia Barat dari segi politik geografinya. Terdapat banyak versi tentang tertubuhnya empayar Turki ini tetapi “the ancestors of the Ottomans entered anatolia not in the thirteenth century in flight from the mongols but in the eleventh century among the Turkomans who spreads into the subcontinent...”3 Sehubungan itu, esei ini akan menerangkan perihal Empayar Turki Uthmaniyyah dan sumbangan serta punca utama kemerosotan buat empayar tersebut.


2.0       LATAR BELAKANG KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH

            Kebangkitan Dinasti Uthmaniyyah memerintah Eropah dan Asia adalah antara sejarah penting yang sukar untuk dilupakan. Hal ini kerana, keunikan Turki Uthmaniyyah ini adalah apabila “...in the thirteenth century the Ottoman ruled only one of a number of Turkoman principalities...,within two centuries they established an empire encompassed Byzantine, Hungary and the Arab world...”4 Kegemilangan Turki Uthmaniyyah ini dapat dilihat apabila kerajaan tersebut berjaya menguasai banyak wilayah dan berkembang daripada sebuah negara Anatolia yang kecil menjadi empayar yang menguasai banyak wilayah Eropah.

            Pada asasnya, kelahiran negara Turki ini sangat dipengaruhi oleh Empayar Seljuk.5 Kerajaan  ini telah didirikan oleh Tughrul Beg yang pada mulanya merupakan kumpulan tentera yang berjaya menumpaskan Persia dan mendapat pengiktirafan daripada kerajaan besar sebelumnya iaitu kerajaan Abbasiyah.Seljuk amat terkenal dengan pemerintahan Islam yang diamalkan hingga pemerintah kerajaan juga digelar sultan dan memegang kuasa tertinggi agama. Namun begitu, seperti mana pemerintahan sebelumnya, empayar Seljuk juga mengalami zaman kemerosotan seperti “...lack of manpower was the main weakness, failed to provide asministrative apparatus...”7 dan kemuncaknya apabila “...the collapse was because under pressure and oppression of the Mongols of Iran...”8



Untuk setiap assignment aku, aku suka habiskan dengan pernyataan. aku tak suka tinggalkan page tanpa noktah sebab nampak tak cantik. so korang bolehlah follow guide gini sebab insyaALLAH setakat ni esei aku selalunya A-B gitu


3.0       KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH DAN KEMASYURANNYA

            Selepas kejatuhan Empayar Seljuq dan lemahnya negara Byzantine, maka bermulalah penaklukan di bawah kuasa empayar Turki Uthmaniyyah. Jika dilihat, empayar Turki-Uthmaniyyah semasa proses pembangunannya adalah lancar semasa ia ditadbir oleh pemerintah utama iaitu Osman 1 yang seterusnya diungguli oleh pemerintah seperti Orhan, Bayezid I dan Al-Fateh. Sistem pentadbiran yang lebih efisien juga memberikan sumbangan kepada kemasyuran empayar Turki Uthmaniyyah.
            Asasnya, permulaan kepada pemerintahan Turki Uthmaniyyah adalah daripada Osman 1 iaitu anak kepada Ertoghrul.
“ Osman (1288-1326) or Uthman , son of Ertoghrul was the fouder of the Turkish dynasty which gave the name of Ottoman to the Empire that is established and wish lasted for nearly six hundred years, under the thirty-seven Sultans...”14
Pada tahun 1284, beliau telah menerima “menshur” daripada sultan seljuq yang sekaligus melantik beliau menjadi khalifah muslim. Beliau sentiasa dinasihati untuk menjaga amanah dan menjadi ketua yang baik.15 Semasa pemerintahan Osman, beliau telah membuat beberapa perubahan seperti “...had practically no contact with the eastern neighbours,only the western...and he turned his attention towards Greek town of Bursa to round off his territory...”16  Beliau sangat terkenal dengan beberapa sifat kepimpinan seperti keberanian dan kesabaran17 hingga mengangkat empayar Turki di awal kegemilangannya.




yang kecil2 anda numbers tu namanya footnote, boleh agak lah kan berapa banyak bacaan aku guna.  surprisingly, aku memang guna semua ni. ada dalam library, Itu yang jadikan assignment aku lain dari lain. kiranya library tu memang rumah aku lah. duduk situ sampai malam. bab 3 ni amatlah panjang, ada dalam 10 halaman in total aku mengarang. isinya tak boleh lah nak share semua sebab ni ringkasan daripada assignment A aku.


4.0       PERMULAAN KEMEROSOTAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH     
            Masalah yang berlaku dalam kerajaan Turki Uthmaniyyah ini sebenarnya telah lama terjadi dan ia semakin merebak sehingga sedikit demi sedikit telah mengubah keseluruhan dasar pentadbiran Turki sebelumnya. Pada zaman kejatuhan Turki Uthmaniyyah, terdapat proses pembaikan yang digelar Tanzimat atau pembaharuan baru yang dibuat oleh kerajaan tetapi juga dalam masa yang sama telah memberi peluang campur tangan budaya luar ke atas negara tersebut. Campur tangan ini telah menyebabkan kerajaan Turki berubah apabila pentadbiran tidak lagi hanya ditadbir oleh penguasa utama sebaliknya kaedah-kaedah Barat telah mula memasuki pentadbiran Turki.


            Terdapat pelbagai punca yang menjadi penyebab keruntuhan kerajaan ini. Hal ini kerana, “ the process of decentralization and decline was as complicated as was the structure affected. Indeed, interbal, within the Ottoman body politic itself,...which led to its being called the “sick man of Europe”.66 Walau bagaimanapun, jika dikaji semula, kelemahan pucuk pimpinan iaitu sultan itu sendiri adalah faktor utama keruntuhannya “...because so much depended on the person of the sultan, one weak ruler was enough to open the gates to a series of incompenents and nonentities.67  Masalah sokongan yang tidak padu ke atas seseorang pemerintah juga adalah punca contohnya apabila “ Mohamed IV was only seven years old at the time of his accession, a situation lending itself to palace intrigue.68  Keadaan baginda yang masih muda membuatkannya “seemed destined to be a puppet in the hands of those who brought him to power.”69 Masalah pentadbiran berlaku apabila terlalu kuasa yang memerintah ketika itu melibatkan “his mother, the Grand Vezir Sofu Mehmet Pasa, and the most powerful military corps in the capital, The Janissaries and the Sipahis of the Porte.”70 Percampuran kuasa ini menandakan permulaan keruntuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah kerana sebelum ini kuasa mutlak adalah terletak pada kuasa sultan sahaja.


5.0       KESIMPULAN
            Sebagai kesimpulan, dapat dilihat bahawa pemerintah Turki Uthmaniyyah sangat bijak menggunakan peluang yang ada di awal penubuhannya bagi mengukuhkan empayar tersebut. Selepas melihat kemunduran kerajaan sekitar, empayar Turki mula membina asas pemerintahan yang kukuh dan meluaskan jajahan takluk mereka. Kerajaan Turki-Uthmaniyyah juga bukanlah sebuah kerajaan yang lemah walau pun ia berasal dari sebuah daerah Anatolia yang kecil kerana jika dilihat dari segi kegemilangannya, kerajaan Turki Uthmaniyyah berjaya membina empayar sehingga ke Eropah.Walaupun kekuatan Turki Uthmaniyyah tidak terletak pada sisi kesusasteraan dan pendidikan, tetapi pemerintah tertinggi berjaya menguasai banyak wilayah melalui kebijaksanaan mereka mengatur strategi sehingga banyak kerajaan kecil yang datang menyerah untuk berada di bawah pentadbiran Turki Uthmaniyyah.


Tujuan aku share penulisan ilmiah ni sebab utamnya tentulah kerana kesukaran untuk dapatkan bahan rujukan tentang sejarah Turki. Oleh sebab aku pernah buat kajian tentang tajuk ni, maka aku pun sedikit sebanyak sharekan manfaat yang aku peroleh melalui blog ni. anything boleh drop comment bawah ni ye. selamat membaca


say hi to my baby ^^





Do Leave A Comment :)

im backkkk 2020

hi awak2 semua.....kita nak buat comeback dengan pelbagai story dan gambar2 menarik ni so stay tuned.......kepada yang tertanya-tanya apa jadi pada pasangan blogger ni, haaa kahwin dah pun...ada anak dah pun ! hahahahahah so buat masa sekarang, kita draft2 dulu k....follow rapat-rapat tau semua....
Do Leave A Comment :)