dalam entry ni aku nak share sikit assignment sejarah aku yang antara teragung lah bagi aku. esei ni dalam subjek Sejarah Asia ni aku dapat A. tak ramai pun adalah dalam 3 orang yang dapat A. Aku antaranya lah. aku kena buat tajuk tentang kerajaan Turki Uthmaniyyah dari awal sampai akhir kemerosotan. aku boleh lah share sikit2 part buat rujukan korang without footnote ok. yang tu pandai2 cari sendiri hehehe.
1.0 PENDAHULUAN
Secara
umumnya, ajaran Islam telah turun dan berkembang sejak datangnya nabi Adam a.s.
yang diturunkan ke dunia dan disebarkan
melalui insan-insan terpilih sehingga kepada nabi terakhir buat umat sekarang
iaitu Muhammad. s.a.w. Ketika itu, kerajaan
Islam telah mula mencapai kegemilangan terhebat sehingga berjaya menguasai
dunia melalui penyebaran agama. Buktinya, menurut Philip.K.Hitti,“...from Medina the Islamic theocracy spread
all over Arabic and later encompassed the larger part of Western Asia and North
Africa...” 1
Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, warisan kerajaan
Islam kemudiannya diteruskan dengan pemerintahan khalifah utama (Abu Bakar, Umar Al-khattab, Usman
bin Affan dan Ali bin Abi Talib) melalui sistem pemilihan khalifah.2 Pemerintahan
secara warisan pula bermula selepas tamatnya warisan Khalifah dan ini
menyebabkan perkembangan Islam berlaku ke seluruh dunia. Umat Islam sehingga ke
hari ini juga telah mendiami kawasan geografi yang sangat luas dan antara
kawasan yang menarik untuk dikaji ialah di Timur Tengah atau Timur Dekat yang
dikenali sebagai kawasan Asia Barat dari segi politik geografinya. Terdapat
banyak versi tentang tertubuhnya empayar Turki ini tetapi “the ancestors of the Ottomans entered anatolia not in the thirteenth
century in flight from the mongols but in the eleventh century among the
Turkomans who spreads into the subcontinent...”3 Sehubungan itu,
esei ini akan menerangkan perihal Empayar Turki Uthmaniyyah dan sumbangan serta
punca utama kemerosotan buat empayar tersebut.
2.0 LATAR BELAKANG KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH
Kebangkitan
Dinasti Uthmaniyyah memerintah Eropah dan Asia adalah antara sejarah penting
yang sukar untuk dilupakan. Hal ini kerana, keunikan Turki Uthmaniyyah ini
adalah apabila “...in the thirteenth
century the Ottoman ruled only one of a number of Turkoman
principalities...,within two centuries they established an empire encompassed
Byzantine, Hungary and the Arab world...”4 Kegemilangan Turki
Uthmaniyyah ini dapat dilihat apabila kerajaan tersebut berjaya menguasai
banyak wilayah dan berkembang daripada sebuah negara Anatolia yang kecil
menjadi empayar yang menguasai banyak wilayah Eropah.
Pada
asasnya, kelahiran negara Turki ini sangat dipengaruhi oleh Empayar Seljuk.5
Kerajaan ini telah didirikan oleh
Tughrul Beg yang pada mulanya merupakan kumpulan tentera yang berjaya
menumpaskan Persia dan mendapat pengiktirafan daripada kerajaan besar
sebelumnya iaitu kerajaan Abbasiyah.6
Seljuk amat terkenal dengan pemerintahan Islam yang diamalkan
hingga pemerintah kerajaan juga digelar sultan dan memegang kuasa tertinggi
agama. Namun begitu, seperti mana pemerintahan sebelumnya, empayar Seljuk juga
mengalami zaman kemerosotan seperti “...lack
of manpower was the main weakness, failed to provide asministrative
apparatus...”7 dan kemuncaknya apabila “...the collapse was because under pressure and oppression of the
Mongols of Iran...”8
Untuk setiap assignment aku, aku suka habiskan dengan pernyataan. aku tak suka tinggalkan page tanpa noktah sebab nampak tak cantik. so korang bolehlah follow guide gini sebab insyaALLAH setakat ni esei aku selalunya A-B gitu
3.0 KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH DAN KEMASYURANNYA
Selepas
kejatuhan Empayar Seljuq dan lemahnya negara Byzantine, maka bermulalah
penaklukan di bawah kuasa empayar Turki Uthmaniyyah. Jika dilihat, empayar
Turki-Uthmaniyyah semasa proses pembangunannya adalah lancar semasa ia ditadbir
oleh pemerintah utama iaitu Osman 1 yang seterusnya diungguli oleh pemerintah
seperti Orhan, Bayezid I dan Al-Fateh. Sistem pentadbiran yang lebih efisien
juga memberikan sumbangan kepada kemasyuran empayar Turki Uthmaniyyah.
Asasnya,
permulaan kepada pemerintahan Turki Uthmaniyyah adalah daripada Osman 1 iaitu
anak kepada Ertoghrul.
“
Osman (1288-1326) or Uthman , son of Ertoghrul was the fouder of the Turkish
dynasty which gave the name of Ottoman to the Empire that is established and
wish lasted for nearly six hundred years, under the thirty-seven Sultans...”14
Pada tahun 1284, beliau telah menerima “menshur”
daripada sultan seljuq yang sekaligus melantik beliau menjadi khalifah muslim.
Beliau sentiasa dinasihati untuk menjaga amanah dan menjadi ketua yang baik.15
Semasa pemerintahan Osman, beliau telah membuat beberapa perubahan seperti “...had practically no contact with the
eastern neighbours,only the western...and he turned his attention towards Greek
town of Bursa to round off his territory...”16 Beliau sangat terkenal dengan
beberapa sifat kepimpinan seperti keberanian dan kesabaran17 hingga
mengangkat empayar Turki di awal kegemilangannya.
yang kecil2 anda numbers tu namanya footnote, boleh agak lah kan berapa banyak bacaan aku guna. surprisingly, aku memang guna semua ni. ada dalam library, Itu yang jadikan assignment aku lain dari lain. kiranya library tu memang rumah aku lah. duduk situ sampai malam. bab 3 ni amatlah panjang, ada dalam 10 halaman in total aku mengarang. isinya tak boleh lah nak share semua sebab ni ringkasan daripada assignment A aku.
4.0 PERMULAAN
KEMEROSOTAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH
Masalah yang berlaku dalam kerajaan
Turki Uthmaniyyah ini sebenarnya telah lama terjadi dan ia semakin merebak
sehingga sedikit demi sedikit telah mengubah keseluruhan dasar pentadbiran
Turki sebelumnya. Pada zaman kejatuhan Turki Uthmaniyyah, terdapat proses
pembaikan yang digelar Tanzimat atau pembaharuan baru yang dibuat oleh kerajaan
tetapi juga dalam masa yang sama telah memberi peluang campur tangan budaya
luar ke atas negara tersebut. Campur tangan ini telah menyebabkan kerajaan
Turki berubah apabila pentadbiran tidak lagi hanya ditadbir oleh penguasa utama
sebaliknya kaedah-kaedah Barat telah mula memasuki pentadbiran Turki.
Terdapat
pelbagai punca yang menjadi penyebab keruntuhan kerajaan ini. Hal ini kerana, “ the process of decentralization and
decline was as complicated as was the structure affected. Indeed, interbal,
within the Ottoman body politic itself,...which led to its being called the
“sick man of Europe”.66 Walau bagaimanapun, jika dikaji semula,
kelemahan pucuk pimpinan iaitu sultan itu sendiri adalah faktor utama
keruntuhannya “...because so much
depended on the person of the sultan, one weak ruler was enough to open the
gates to a series of incompenents and nonentities.67 Masalah sokongan yang tidak padu ke
atas seseorang pemerintah juga adalah punca contohnya apabila “ Mohamed IV was only seven years old at the
time of his accession, a situation lending itself to palace intrigue.68 Keadaan baginda yang masih muda
membuatkannya “seemed destined to be a
puppet in the hands of those who brought him to power.”69 Masalah
pentadbiran berlaku apabila terlalu kuasa yang memerintah ketika itu melibatkan “his mother, the Grand Vezir Sofu Mehmet
Pasa, and the most powerful military corps in the capital, The Janissaries and
the Sipahis of the Porte.”70 Percampuran kuasa ini
menandakan permulaan keruntuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah kerana sebelum ini
kuasa mutlak adalah terletak pada kuasa sultan sahaja.
5.0 KESIMPULAN
Sebagai
kesimpulan, dapat dilihat bahawa pemerintah Turki Uthmaniyyah sangat bijak
menggunakan peluang yang ada di awal penubuhannya bagi mengukuhkan empayar
tersebut. Selepas melihat kemunduran kerajaan sekitar, empayar Turki mula
membina asas pemerintahan yang kukuh dan meluaskan jajahan takluk mereka.
Kerajaan Turki-Uthmaniyyah juga bukanlah sebuah kerajaan yang lemah walau pun
ia berasal dari sebuah daerah Anatolia yang kecil kerana jika dilihat dari segi
kegemilangannya, kerajaan Turki Uthmaniyyah berjaya membina empayar sehingga ke
Eropah.Walaupun kekuatan Turki Uthmaniyyah tidak terletak pada sisi
kesusasteraan dan pendidikan, tetapi pemerintah tertinggi berjaya menguasai
banyak wilayah melalui kebijaksanaan mereka mengatur strategi sehingga banyak
kerajaan kecil yang datang menyerah untuk berada di bawah pentadbiran Turki
Uthmaniyyah.
Tujuan aku share penulisan ilmiah ni sebab utamnya tentulah kerana kesukaran untuk dapatkan bahan rujukan tentang sejarah Turki. Oleh sebab aku pernah buat kajian tentang tajuk ni, maka aku pun sedikit sebanyak sharekan manfaat yang aku peroleh melalui blog ni. anything boleh drop comment bawah ni ye. selamat membaca
0 orang kata sayang.:
Post a Comment