POST MASAK-CARA BUAT MAGI GORENG // CARA MUDAH BUAT MEGI LAAA

Assalamualaikum...untuk post kalini, aku ingat nak up cara buat megi goreng ala aku la pulak. hahahaha.. resipi2 ni secara berkala aku share... aku share yang senang2 mudah2 dulu la..macam cara nak buat kuih raya ka...ayam kicap ka masak pedas ka..lain kali la aku tunjuk..sebab bahan2 nak senarai dia boleh tahan gak la..so aku tunjuk cara masak makanan yang acah2 basic dulu..wakakakaka..untuk harini, aku nak tunjuk la gaya buat megi goreng camana. kalau tak sedap tu bukan salah aku la sebab tekak aku makan ok ja dan selalu habeh ja ( memang la habeh..sebungkus ja aku buat wakakaka )


ok..senarai nya,

BAHAN2 :

  1. megi cap apa pun tak pa ( kalau buat MAGGI aku suka cari mee goreng sedap sebab dalam tu banyak gila perencah dia bagi kasi kawww... kalau nak buat megi yang berkuah aku suka MAGGI ruski....sebab jepah suka makan hat tu jadi aku pun terjebak la..perisa tomyam tau..plastik kaler oren..hahaha ). so kalini aku buat pakai MEE GORENG SEDAP PLASTIK PUTIH
  2. sebutir telur..hahaha sebiji telur
  3. kicap 
  4. sos cili
  5. sos tiram (optional ) selalu aku boh 1 camca saja
  6. bawang merah dan bawang putih
  7. lada hitam
  8. serbuk cili ( mak aku cukup suka boh dalam masakan  jadi aku pun terjebak gak )
  9. gula

CARA BUAT MAGI GORENG SEDAP :
  •  didihkan air dulu..bila nampak bubble2 tu, celur mee. dalam 3-4 minit saja sebab tak nak tekstur mee lembik sebab kita nak buat megi ala mee..bukan berkuah punya. tapi kalau malas x mau didih air sebab renyah, hampa skip ja cara buat ni..nanti masukkan magi time hampa buat seasoning dia. kita didih air sebab nak kasi magi tu bersih la..kang makan sakit perut plak ( basically aku x didih pun wakaka jadi aku selalu la sakit perut hahaha..hampa jgn ikut )

  • kemudian, hampa bawak kuar lesung batu hikmat hampa. potong bawang merah dan putih kemudian campak masuk dan tumbuk gaya nak pukui orang. hahaha. lepas tu hampa tumbuk bijik lada hitam..kalau hampa ada yang ala2 serbuk tu..x pakai bijik lada hitam pun tak pa.( yang ni sebab kat rumah aku, bahan2 tradisional ja banyak...cabai,sireh,jantung pisang,serai,daun kari petik belakang rumah saja )
  • hampa tumis bahan2 ni dalam kuali ( fuh..harum semerbak wei )
  • lepas tumis, bawak kuar segala perencah dalam megi goreng sedap dan masuk kan ja dalam kuali. perencah yang macam ajinomoto tu bubuh separuh saja tau!! sebab dia dah cukup masin dah, jadi hampa jangan boh banyak2...
  • kacau2 semua perencah, kemudia mula masukkan sos, kicap, dan gula. secukup rasa dan diselang seli dengan air. air jangan bubuh 1 bekas, satg jadi kuah kicap la jawabnya. garam pun tak payah bawak masuk sebab megi tu semulajadi masin, jadi kalau boh garam,double punya masin. gula dalam 1 camca la bubuh, kalau x pakai gula, boh stevia ececeyyyy bajett hahaha.
  • lepas hampa dapat kelikatan seasoning yang diidam, masukkan megi hampa tadi ke dalam kuali.
  • kacau2 megi sampai bercampur sebati.
  • pecahkan telur yang dibasuh dekat dalam kuali yang sama, tapi bubuh kat tepi. ni cara aku la sebab aku suka makan kuning telur cair...jadi, putih telur aku gaul dengan megi, kuning telur aku golek pelan2 supaya tak pecah. kalau tanak,buat lubang tengah megi tu dan pecahkan telur situ,kemudian gaul dengan megi.ikut hampa laaa.
  • dah siap nampak lawa dalam kuali angkat megi tu dan boh dalam pinggan.
  • makan la! hahahaha


sebungkuih ja aku buat..tadak dressing la malaih.


p/s : kalau suka bubuh ayam, dsging, udang, dan sayur..sila kan...tapi kalau nak buat makan sorang sambil layan sinetron malam, ha boleh try yang ni .wakakaka..





Do Leave A Comment :)

0 orang kata sayang.:

Post a Comment